Sahabat Alam Maya

Showing posts with label sukan. Show all posts
Showing posts with label sukan. Show all posts

Thursday, July 5, 2012

SUKMA Di Pahang


Sukan Malaysia di Pahang akan bermula 2 hari je lagi. Kali ini bandar Temerloh akan jadi venue untuk pertandingan lumba basikal. Persiapan pertandingan tengah rancak dijalankan sekarang ni. Munna share kan artikel untuk info penduduk Temerloh ye.


TEMERLOH – Aliran trafik sekitar bandar ini akan ditutup dan dilencongkan buat sementara waktu untuk melancarkan acara lumba basikal sempena Sukan Malaysia (Sukma) bermula 8 Julai ini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Nor Mansor berkata, pada 8 dan 9 Julai, polis akan menutup Jalan Tengku Ismail hingga ke bulatan Bukit Angin bermula jam 9 pagi hingga jam 4.15 petang.

Menurutnya, penutupan itu bertujuan melancarkan acara lumba basikal yang akan berlangsung di situ, bagaimanapun pengguna boleh menggunakan laluan bersebelahan yang akan dibuka untuk lencongan.

“Pada 10 hingga 12 Julai, polis akan menutup laluan dari stesen minyak Esso Jalan Triang hingga ke Wisma Persekutuan kerana kawasan itu dijadikan trek untuk acara pecut.

“Jalan ini akan ditutup bermula 8 pagi hingga 11 pagi. Pengguna dari Seberang Temerloh perlu melalui laluan alternatif untuk ke pusat bandar dengan membuat pusingan U di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah yang baru.

“Pengguna dari Mentakab yang ingin ke Bera pula perlu membuat pusingan U di hadapan Pejabat Jabatan Kerja Raya Seberang Temerloh,” katanya pada sidang media, semalam.

Mohd Nor berkata, polis juga akan menutup laluan pada 14 Julai membabitkan banyak kawasan bermula dari Stadium Majlis Perbandaran Temerloh melalui hadapan mahkamah hingga persimpangan Hotel Jelai.

Menurutnya, laluan dari hotel itu akan ditutup hingga ke Bulatan Bukit Angin terus ke Stadium MPT bermula 9 pagi hingga 12.45 tengah hari.

“Laluan sejauh 3.4 kilometer itu akan ditutup sehingga tengah hari dan mungkin lebih awal untuk melancarkan persediaan teknikal.

“Polis akan menempatkan seramai 184 pegawai dan anggota di laluan itu sepanjang Sukma berlangsung untuk membantu melancarkan acara lumba basikal. Orang ramai yang bekerja dinasihati keluar awal supaya tidak terperangkap apabila penutupan jalan dibuat bermula jam 8 pagi,” katanya.

Mohd Nor juga menasihati pengguna supaya berhati-hati sepanjang acara terutama peka dengan kehadiran pelumba basikal dari seluruh negara termasuk Brunei.

Penonton pula dinasihati supaya mematuhi arahan dan tidak meletakkan kenderaan mereka di tempat yang boleh mengganggu acara berlangsung.
Related Posts with Thumbnails