Gara-gara munna tayang nasi dagang homemade hari tu ... ramai kawan-kawan yang tak percaya en. abang munna pandai masak ye. Sebenarnya en abang munna memang pandai masak .. dari masakan kampung, western dan buat kek pun dia pandai sebab dia memang chef.
Masa dari sekolah menengah dia dah masuk sekolah vakasional puteri yang khas untuk pelajar perempuan gara-gara minat memasak. Lepas tu sambung ke Politeknik tapi tak sempat habis dia berhenti sebab lagi suka cari pengalaman katanya. Mulalah dia bekerja macam-macam kedai dari bakery, restaurant ke Hotel Istana semua tempat dia cuba untuk cari pengalaman. Tapi yang paling lama dia bekerja dengan syarikat catering antarabangsa Sodexo. Tapi sekarang dia buat business sendiri je.
Memang best dapat suami pandai memasak ni.... selalunya kalau ada majlis makan-makan atau kenduri memang en abang munna akan jadi kepala tukang masak. Tak payah dah kalut-kalut nak cari tukang masak sekarang ni. Tapi takdelah dia masak hari2 kat rumah..tengok mood dialah bila dia rajin ada je yg dia nak buat kat dapur tu. Tapi bini dia ni memang suka ambil kesempatan.. mulalah request macam2 macam bila tengok mood memasak en abg dia datang.