Ini steam roller yang sedang beraksi depan rumah mak munna. Alhamdulillah selepas 10 tahun dapat juga jalan yang berturap di lorong rumah mak munna hingga ke belakang... Terima kasih pada Tok Ketua yang banyak membantu kami mendapatkan peruntukan jalan ini. Dibelakang rumah mak munna ada lagi 10 buah rumah memanjang ke belakang....
Lori hantu tengah menabur crusher run... insyaALLAH lagi 2-3 hari pemix pula akan di turap di depan rumah mak munna. Lepas ni kalau musim hujan dah tak risau lagi sebab jalan ke belakang dah diturap...sebelum ini...tiap2 kali musim hujan ayah munna akan berpakat dengan jiran-jiran untuk membeli batu untuk menimbus tanah yang dtakungi air...
