Sayu melihat gambar ini.... nak letak tak sanggup rasanya tapi sebagai peringatan buat munna, en. abang dan ibubapa semua... silalah prihatin dengan anak anda....
Mayat kanak-kanak lemas di Tasik Titiwangsa ditemui pagi ini
KUALA LUMPUR - Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia
dua tahun, yang dipercayai lemas, ditemui terapung di Tasik
Titiwangsa di sini, awal pagi tadi.
Mayat kanak-kanak itu dijumpai oleh orang awam kira-kira
jam 7.30 pagi selepas dilaporkan hilang ketika bermain di taman
permainan berdekatan lokasi kejadian semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah
berkata, mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk
dibedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
Sumber : Sinar Harian

