Sahabat Alam Maya

Friday, June 25, 2010

Merancang Kehamilan

Yasmin dah nak masuk 4 bulan... wah rasanya sekejap je.... ni nak kena rancang keluarga semula nampaknya.. tapi yang mana satu yang berkesan ye? nak makan pil! munna jenis yang susah nak disiplin telan ubat hari2 mesti ada hari yg termiss... ke nak pasang IUD ... org kata banyak kesan sampingan ... aduhai yg mana satu ni..

ni info yg munna dapat dari blog kak engku .. kaedah merancang kehamilan


MERANCANG KEHAMILAN

Intrauterine Device (IUD)

Kaedah ini paling digemari. Alat ini terdapat dalam bentuk T yang bersaiz kecil dan mempunyai tali halus di hujungnya. Ia selamat digunakan dalam tempoh 3 tahun. Kaedah ini tidak mengganggu hormon prolaktin sekaligus membolehkan anda menyusukan bayi tanpa perlu gusar dengan masalah kekeringan susu. Kesan sampingan yang mungkin berlaku pula ialah kekejangan, sakit belakang selain daripada haid yang banyak.

Kondom

Alat ini ialah sejenis sarung yang diperbuat daripada getah lembut dan perlu disarungkan pada zakar setiap kali sebelum melakukan persetubuhan. Keberkesanan penggunaan kondom ialah di antara 80 hingga 90 peratus. Namum, begitu, kaedah ini menjadi lebih efektif jika ia digunakan bersama spermisid. Kelemahannya ialah masalah kebocoran atau air mani keluar terlebih dahulu sebelum suami menyarungkan alat ini. Malah, ada juga segelintir wanita alah kepada lateks yang terkandung dalam kondom berkenaan.

Implan

Ia adalah sejenis hormon sintetik yang terkandung di dalam tiub kecil yang mengandungi hormon progesteron dan perlu diselitkan di bawah kulit bahagian lengan anda. Keberkesannya ialah sehingga 99 peratus. Kaedah ini selamat bagi anda yang menyusukan bayi kerana ia tidak akan mengganggu peranan hormon prolaktin. Kesan sampingan kaedah ini termasuklah haid tidak tetap, haid terlalu sedikit, keguguran rambut, kurang berminat dengan hubungan seks, pertambahan berat badan dan sakit kepala.

Pil

Kaedah merancang kehamilan menggunaka pil amat efektif dan kesannya boleh berbalik iaitu kesuburan akan kembali seperti sediakala apabila pengambilan pil dihentikan dan ia sesuai untuk semua peringkat umur. Terbahagi kepada 2 jenis yang mana satu daripadanya mengandungi hormon sintetik estrogen dan progestin yang menyerupai hormon yang dikeluarkan oleh badan.

Satu lagi jenis pil hanya mengandungi hormon progestin. pil jenis ini kurang efektif dan hanya sesuai digunakan oleh ibu yang menyusukan anaknya secara eksklusif. Ia juga sesuai untuk wanita yang alah kepada estrogen. Penggunaan pil perancang dipercayai mampu mencegah barah ovari dan endometrium, anemia, senggugut dan haid tidak teratur. Ia juga jarang sekali menimbulkan kesan sampingan.

Suntikan

Suntikan untuk merancang kehamilan mempunyai kesan sampingan yang sama seperti pil perancang dan keberkesanannya ialah 99 peratus. Namum, ia tidak digalakkan untuk digunakan oleh wanita yang mempunyai sejarah keluarga penghidap kanser payu dara. Antara kesan sampingan yang mungkin timbul ialah haid yang tidak teratur, kurang bernafsu, pertambahan berat badan, sakit kepala, kehilangan mineral tulang, ruam atau kulit berbintik-bintik, sering gemuruh dan pertambahan bulu di tubuh.

Diaphragm

Kaedah ini menggunakan sejenis alat yang berbentuk seperti cawan dan mudah lentur. Dengan penggunaan yang betul, keberkesannya mampu mencapai sehingga 91 peratus. Alat ini boleh bertahan sehingga 2 tahun jika digunakan dengan cermat. Namum, penggunaan alat ini boleh meningkatkan jangkitan saluran kencing (URTI), jangkitan kulat dan faraj serta sindrom kejutan toksik. Ada juga sesetengah wanita yang mungkin mengalami alahan terhadap lateks atau getah selain daripada bengkak ataupun radang serviks.

Spermisid

Ia merupakan sejenis ubat dalam bentuk krim, buih faraj atau jeli yang disapukan pada dinding faraj sebelum persetubuhan. Keberkesanan kaedah ini ialah kira0kira 80 peratus. Keberkesanannya meningkat jika digunakan bersama kondom ataupun diaphragm. Kesan sampingan yang mungkin timbul ialah radang faraj sehingga boleh meningkatkan risiko URTI. Ini kerana ada sesetengah wanita alah terhadap spermisid. Kebanyakan produk memerlukan anda menyapunya sekurang-kurang 10 minit sebelum bersama.

Vasektomi

Ia merupakan pembedahan yang menyekat vas deferen, tiub yang membawa sperma ke zakar. Melalui pembedahan, duktus sperma akan diikat dan dipotong. Ini akan menyebabkan saluran ke uretra akan tertutup dan sperma tidak mungkin akan dapat dikeluarkan. Ia merupakan teknik pemandulan yang kekal untuk selama-lamanya. Pemulihan mungkin melibatkan ketidakselesaan dan kesakitan untuk bebrapa hari selepas pembedahan. Antara lain ialah pendarahan dan bengkak di bahagian buah zakar. Namum, pembedahan ini sama sekali tidak memberi kesan kepada kemampuan suami untuk menikmati hubungan seksualnya.

Ligasi

Melalui kaedah ini, kedua-dua tiub fallopio akan diikat dan dipotong. Oleh itu, sperma tidak akan dapat sampai ke ovum. Seperti lelaki, ia juga merupakan bentuk pemandulan yang kekal untuk selama-lamanya. Komplikasi pembedahan yang dikhuatiri berlaku adalah seperti jangkitan rahim. Antara kesan jangka panjang yang boleh berlaku termasuklah kehamilan luar rahim, kanser servik, pendarahan dan gangguan kitaran haid.

Nota:

Sikap konsisten amat penting jika anda memilih pil perancang. Anda perlu makan pil pada waktu yang sama setiap hari selama 21 hari. Setelah itu, anda perlu berhenti mengambil pil selama 7 hari bagi melengkapkan kitaran 28 hari.

1 comment:

  1. slm..tertarik dgn entry ni.

    sy pengguna - PIL
    mmg betul semua kesan2 diatas, sy dah cucuk 4 kali tak silap. & smpai sekarang sy tak dtg period.skt kepala, nfsu pon kurang..

    tp skang sy dah tak cucuk, tp period still tak dtg..dh hmpr setahun ni..risau jugk.hrp xde pape yg blaku..

    rasa nya lbh baik kita merancang secara natural je, lagi selamat tp perlukan displin yg kuat lah, suami isteri kna main peranan, kena kejesama, klu tak..ada yg beradik lagi..hehe

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails