Sahabat Alam Maya

Wednesday, June 30, 2010

Baik beli baru je!

pagi tadi on the way nak pergi office apek kedai camera yang munna hantar repair call

apek : amoi u punya camera itu ari mau repair ke?

munna : apek itu kalau repair berapa mau kasi duit bayar

apek : ayo.. mau dekat 300 ratus lebih oo..

munna : ayo.. kalau macam tu u tak payah repair saya beli baru lagi bagus...

aduhai kos nak repair je dah banyak macam tu .. lebih baik munna beli yang baru je....

Monday, June 28, 2010

Nak Selimut!

ni lah perkataan yang meya selalu sebut bila time dia nak menyusu dan tidur.. kalau takde selimut busuk alahai boleh mengamuk sakan dia. selimut ni tak boleh tinggal.. siap cut dua selimut ni in case takut tertinggal satu kat rumah uwo yang satu ada lagi spare untuk rumah




ni lah selimut kesayangan meya .....busyuknye....

Bengang

Bengang !



Aku bosan dengan cintamu
Aku rasa buang masa
Kau selalu mendustakan cintaku
Aku fikir kau tak searus
Biarkan ku beralih
Biarkan diriku terus bersendiri

Ku tak sanggup engkau setia
Walau jasad dan juga nyawa
Sebagai tanda cintamu padaku katamu

Tak mungkin ku percaya
Kata-kata yang penuh dusta
Hanyalah bibir berkata
Yang memilukan
Menambah bengang rasa hampa
Terus hingga diriku terasa

Cukup berkali kau berkata
Jangan diulang lagi dusta
Jangan kau pujuk hati yang terluka
Tak mungkin akan ku kembali
Jika janji sekadar mimpi
Tak mungkin aku sanggup bersama denganmu

Tak mungkin ku percaya
Kata-kata yang penuh dusta
Hanyalah bibir berkata
Yang memilukan
Menambah bengang rasa hampa
Terus hingga diriku terasa

lagu ni munna tujukan kepada Telekom....

dah seminggu line streamyx kat rumah tak boleh nak connect internet... call telekom kata hari ni technician datang rumah ... tapi dah seminggu takde pun datang... ni munna memang bengang tahap dewa dah ni...

Friday, June 25, 2010

Munna Dah Jadi Nenek

Dah jadi nenek!.... wah baru 30 dah ada cucu ke?

cucu saudara lah....

anak saudara munna yang sulung baru je deliver baby girl malam tadi ...

Congrats.. Ika..

Merancang Kehamilan

Yasmin dah nak masuk 4 bulan... wah rasanya sekejap je.... ni nak kena rancang keluarga semula nampaknya.. tapi yang mana satu yang berkesan ye? nak makan pil! munna jenis yang susah nak disiplin telan ubat hari2 mesti ada hari yg termiss... ke nak pasang IUD ... org kata banyak kesan sampingan ... aduhai yg mana satu ni..

ni info yg munna dapat dari blog kak engku .. kaedah merancang kehamilan


MERANCANG KEHAMILAN

Intrauterine Device (IUD)

Kaedah ini paling digemari. Alat ini terdapat dalam bentuk T yang bersaiz kecil dan mempunyai tali halus di hujungnya. Ia selamat digunakan dalam tempoh 3 tahun. Kaedah ini tidak mengganggu hormon prolaktin sekaligus membolehkan anda menyusukan bayi tanpa perlu gusar dengan masalah kekeringan susu. Kesan sampingan yang mungkin berlaku pula ialah kekejangan, sakit belakang selain daripada haid yang banyak.

Kondom

Alat ini ialah sejenis sarung yang diperbuat daripada getah lembut dan perlu disarungkan pada zakar setiap kali sebelum melakukan persetubuhan. Keberkesanan penggunaan kondom ialah di antara 80 hingga 90 peratus. Namum, begitu, kaedah ini menjadi lebih efektif jika ia digunakan bersama spermisid. Kelemahannya ialah masalah kebocoran atau air mani keluar terlebih dahulu sebelum suami menyarungkan alat ini. Malah, ada juga segelintir wanita alah kepada lateks yang terkandung dalam kondom berkenaan.

Implan

Ia adalah sejenis hormon sintetik yang terkandung di dalam tiub kecil yang mengandungi hormon progesteron dan perlu diselitkan di bawah kulit bahagian lengan anda. Keberkesannya ialah sehingga 99 peratus. Kaedah ini selamat bagi anda yang menyusukan bayi kerana ia tidak akan mengganggu peranan hormon prolaktin. Kesan sampingan kaedah ini termasuklah haid tidak tetap, haid terlalu sedikit, keguguran rambut, kurang berminat dengan hubungan seks, pertambahan berat badan dan sakit kepala.

Pil

Kaedah merancang kehamilan menggunaka pil amat efektif dan kesannya boleh berbalik iaitu kesuburan akan kembali seperti sediakala apabila pengambilan pil dihentikan dan ia sesuai untuk semua peringkat umur. Terbahagi kepada 2 jenis yang mana satu daripadanya mengandungi hormon sintetik estrogen dan progestin yang menyerupai hormon yang dikeluarkan oleh badan.

Satu lagi jenis pil hanya mengandungi hormon progestin. pil jenis ini kurang efektif dan hanya sesuai digunakan oleh ibu yang menyusukan anaknya secara eksklusif. Ia juga sesuai untuk wanita yang alah kepada estrogen. Penggunaan pil perancang dipercayai mampu mencegah barah ovari dan endometrium, anemia, senggugut dan haid tidak teratur. Ia juga jarang sekali menimbulkan kesan sampingan.

Suntikan

Suntikan untuk merancang kehamilan mempunyai kesan sampingan yang sama seperti pil perancang dan keberkesanannya ialah 99 peratus. Namum, ia tidak digalakkan untuk digunakan oleh wanita yang mempunyai sejarah keluarga penghidap kanser payu dara. Antara kesan sampingan yang mungkin timbul ialah haid yang tidak teratur, kurang bernafsu, pertambahan berat badan, sakit kepala, kehilangan mineral tulang, ruam atau kulit berbintik-bintik, sering gemuruh dan pertambahan bulu di tubuh.

Diaphragm

Kaedah ini menggunakan sejenis alat yang berbentuk seperti cawan dan mudah lentur. Dengan penggunaan yang betul, keberkesannya mampu mencapai sehingga 91 peratus. Alat ini boleh bertahan sehingga 2 tahun jika digunakan dengan cermat. Namum, penggunaan alat ini boleh meningkatkan jangkitan saluran kencing (URTI), jangkitan kulat dan faraj serta sindrom kejutan toksik. Ada juga sesetengah wanita yang mungkin mengalami alahan terhadap lateks atau getah selain daripada bengkak ataupun radang serviks.

Spermisid

Ia merupakan sejenis ubat dalam bentuk krim, buih faraj atau jeli yang disapukan pada dinding faraj sebelum persetubuhan. Keberkesanan kaedah ini ialah kira0kira 80 peratus. Keberkesanannya meningkat jika digunakan bersama kondom ataupun diaphragm. Kesan sampingan yang mungkin timbul ialah radang faraj sehingga boleh meningkatkan risiko URTI. Ini kerana ada sesetengah wanita alah terhadap spermisid. Kebanyakan produk memerlukan anda menyapunya sekurang-kurang 10 minit sebelum bersama.

Vasektomi

Ia merupakan pembedahan yang menyekat vas deferen, tiub yang membawa sperma ke zakar. Melalui pembedahan, duktus sperma akan diikat dan dipotong. Ini akan menyebabkan saluran ke uretra akan tertutup dan sperma tidak mungkin akan dapat dikeluarkan. Ia merupakan teknik pemandulan yang kekal untuk selama-lamanya. Pemulihan mungkin melibatkan ketidakselesaan dan kesakitan untuk bebrapa hari selepas pembedahan. Antara lain ialah pendarahan dan bengkak di bahagian buah zakar. Namum, pembedahan ini sama sekali tidak memberi kesan kepada kemampuan suami untuk menikmati hubungan seksualnya.

Ligasi

Melalui kaedah ini, kedua-dua tiub fallopio akan diikat dan dipotong. Oleh itu, sperma tidak akan dapat sampai ke ovum. Seperti lelaki, ia juga merupakan bentuk pemandulan yang kekal untuk selama-lamanya. Komplikasi pembedahan yang dikhuatiri berlaku adalah seperti jangkitan rahim. Antara kesan jangka panjang yang boleh berlaku termasuklah kehamilan luar rahim, kanser servik, pendarahan dan gangguan kitaran haid.

Nota:

Sikap konsisten amat penting jika anda memilih pil perancang. Anda perlu makan pil pada waktu yang sama setiap hari selama 21 hari. Setelah itu, anda perlu berhenti mengambil pil selama 7 hari bagi melengkapkan kitaran 28 hari.

Thursday, June 24, 2010

Video Aksi Panas Dan Hangat Terkini

Silalah nikmati tayangan perdana ini yang julung-julung kali disiarkan....


segala kesan-kesan sampingan dan risikonya yang terjadi nanti adalah tanggungjawab anda sendiri...


Tip Kaedah Meneran Waktu Bersalin

Entry ni khas untuk Nurshafika Safri anak saudara munna yang dah nak deliver baby dia yang pertama .............

Semoga berjaya dan selamat semuanya....

Tip 'Meneran' Waktu Bersalin

Meneran? Pasti yang terbayang di benak Ibu hamil adalah perjuangan hidup dan mati di bilik bersalin. Bagaimanapun meneran ketika proses melahirkan bayi tidaklah seseram yang digambarkan terutama jika ibu yang bersalin menguasai cara meneran yang baik dan betul.

Waktu Mula Meneran

* Sebaiknya dilakukan setelah pembukaan lengkap berlaku (10cm) iaitu ketika kepala janin sudahpun turun ke dasar pinggul. Ia ditandakan dengan anus (dubur) mula terbuka sewaktu kontraksi.

Posisi Meneran Yang Tepat

* Berbaringlah dengan lutut berlipat dan kedua kaki dibuka.Kedua tangan memeluk paha dengan cara melingkarkannya ke bawah paha. Meneran juga dapat dilakukan dengan berbaring mengiring sama ada sebelah kiri ataupun kanan.

Cara Meneran

* Sebaiknya dilakukan apabila kontraksi sampai ke puncaknya. Waktu ini doktor akan meminta anda untuk menarik nafas panjang iaitu menahannya dengan mulut tertutup kemudian meneran ke arah bawah dengan memastikan punggung tetap berada di atas tempat tidur (katil). Ketika meneran dagu diletakkan di dada supaya anda dapat melihat perut anda.

Bagaimanapun ramai juga ibu hamil yang melakukan kesilapan ketika meneran. Ada yang meneran sebelum proses pembukaan sempurna. Ia akan menyebabkan berlakunya Edema (pembengkakan di mulut rahim) yang seterusnya akan menyukarkan proses bersalin selanjutnya.

Di samping itu ada juga ibu hamil yang silap meneran dengan meneran ‘di leher’ dan bukannya di perut. Mata akan nampak merah setelah bersalin dan kadang-kadang disertai dengan kebutaan sementara kerana pembuluh darah kecil di mata pecah akibat teranan di bahagian leher.

Diharap dengan sedikit tip ini para ibu hamil dapat mempraktikkannya dirumah agar ketika bersalin nanti ibu hamil sudahpun bersedia sepenuhnya….selamat bersalin.

tip ni munna copy dari blog kak engku http://bidanbersalin.blogspot.com



gambar ni je yg ada ... gambar time preggy dia tak kasi snap malu katanya

Wednesday, June 23, 2010

Comel Tak?

Mula-mula dia senyum......








lepas tu mulalah Yasmin mendengdangkan irama yang menyesakkan dada umi.... waaaaaaa...waaaaaaa..............




memang pantang letak benda-benda kat kepala dia

Tuesday, June 22, 2010

Digital Still Camera - T Series .....



Aduhai... hajat dihati nak yang macam ini untuk pengganti Samsung munna yang dah nak expired tu .... tapi harga dia fuhh..... mengancam beb............... bila nak dapat yang macam ni....




warna yang menarik ..tertarik... kau memang dabomb....

Monday, June 21, 2010

Kebahagian Dalam Perpisahan - Shahir AF8



Tengah demam dengan budak dan lagu dia sekali...

KEBAHAGIAN DALAM PERPISAHAN

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerana lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Tiap titis airmata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam tapi hanya berdiam
Kerana cuba menafi realiti

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Kebahagiaan.. dalam perpisahan..

Thursday, June 17, 2010

Bila nak siap ni....

dah dekat 1 bulan hantar camera kat kedai....... tapi tak siap lagi... dah banyak gambar yang memorable terlepas munna nak captured... nak pakai handphone camera.hampeh... gambar blur gila .............sakit hati den

Wednesday, June 9, 2010

Terjebak sudah....



Synopsis

Jeon Jin Ho is pretending to be gay in order to gain access to a mysterious mansion that was built by a famous architect Mr.Park. His daughter, Park Kae In would never accept him as a renter so he pretended to be gay.His hobbies include organization and ironing, and he’s known for his stoic poker face. He’s a stickler for cleanliness, but he also has a talent for figuring out women’s feelings. Kae In is very trusting even though she has a habit of being betrayed. However that doesn't stop her from giving people the benefit of doubt and Jin Ho is no different. How will Kae In react when she finds out that her gay roommate is not actually gay at all and that he has fallen for her?

dah lama tak layan drama korea..... tapi citer ni best gak... lagi2 sebab ada heri Boys Over Flower ............ terjebak sudah akhirnya... munna tgh layan citer ni online dari mysoju ... masa kat office bolehlah nak layan...
Related Posts with Thumbnails