Sahabat Alam Maya

Tuesday, March 13, 2012

Yasmin Dah Berjaya Untuk 2 Hari Ini

Dah 2 hari Yasmin berhenti menyusu badan.... kesian juga tengok dia serba tak kena lagi2 bila malam tengah tidur ...bila terjaga je .... meraban mencari susu. Tapi Alhamdulillah berjaya dah menempuhnya untuk 2 hari harapnya berterusanlah selepas ini.

Bila Yasmin teringat je susu dia cepat2 munna katakan yg susu ummi sakit jadi tak dapat bagi dia... nasib baik dia boleh terima dan faham... sekarang ni asyik cakap ..sian ummi sakit.. Tak payah susah2 munna ikut petua orang2 dulu letak macam-macam cuma cakap je ummi dia sakit terus dia faham....

Sekarang ni tengah training Yasmin minum susu formula .... nampaknya dia kurang suka. Dah bermacam-macam jenis susu dan perasa munna beli tapi nampak dia tak berminat sangat. Semalam munna cuba begi dia susu Enfagrow pula... alhamdulillah kali ni tengok dia minum lebih sikit. Lebih-lebih bila munna puji dia pandai banyaklah juga dia minum. Memang harap dia nak minum susu formula ni sebab Yasmin makan memang kurang harapkan susu je lah untuk tambahkan berat badan dia.

Monday, March 12, 2012

Rezeki Birthday Girl

Ada rezeki yang mengembirakan buat birthday girl kita Yasmin.... nama Yasmin dah naik dalam GA yang blogger Mummy Ayu anjurkan. Alhamdulillah rezeki Yasmin sebab itupun sebab ada pemenang yang tak bagi details... bila Mummy Ayu buat cabutan baru nama Yasmin yang naik.... hadiah sempena birthdaylah tu... Terima kasih buat Mummy Ayu yang anjurkan GA ni....
Related Posts with Thumbnails