Sahabat Alam Maya

Wednesday, August 24, 2011

Bila Tonsil Menyerang


Dua hari munna ambil mc sebab penyakit ni... mula2 sakit tekak je boleh tahan lagi...tapi bila dah teruk sampai berdenyut di telinga. terus ke klinik. Bila dah dpt suntikan kat punggung barulah lega rasanya. Alhamdulillah bengak di tonsil munna pun dah mula susut. Dulu selalu dengar orang cakap pasal penyakit ni... bila dah kena sendiri baru tahu bertapa hebatnya dugaan penyakit ni.

TONSIL

Setiap manusia mempunyai dua kelenjar dinamakan tonsil yang terletak di bahagian kiri dan kanan rongga mulut (orofarinks) atau bahasa mudahnya pangkal lidah. Ia berfungsi menapis virus dan bakteria daripada memasuki saluran pernafasan, sekali gus menjadikannya satu daripada sistem pertahanan badan.
Namun, tonsil kadangkala gagal melaksanakan fungsinya apabila tidak lagi mampu menahan serangan virus dan bakteria. Akibatnya, tonsil mengalami radang atau inflamasi, membengkak dan boleh mencapai saiz besar sehingga boleh menyempitkan laluan makanan, malah mengganggu pernafasan.

Bagi orang dewasa, radang tonsil bukan saja membabitkan tisu tonsil, tetapi juga bahagian rongga mulut atau orofarinks.Jika dibuat pembedahan pada kanak-kanak, masalah sakit tekak atau demam akibat penyakit berkenaan dapat dikurangkan, malah boleh sembuh sepenuhnya. Bagaimanapun, bagi orang dewasa, tiada jaminan untuk sembuh sepenuhnya.Untuk kes tonsil yang teruk, tonsil membengkak dengan saiz besar sehingga pesakit sukar bernafas. Jika berdepan situasi sebegini, pembedahan dilakukan menggunakan kaedah ‘hot tonsilektomi.

Thursday, August 18, 2011

Terima Kasih Pada Yang Sudi

Walaupun dah jarang update blog dan jarang blogwalking apalagi meninggalkan komen tetapi Alhamdulillah UV blog picisan munna ni masih lagi di tahapnya yang memuaskan. Terima kasih pada yang sudi singgah di blog munna ini.


Terima kasih juga munna ucapkan pada Nuffnang kerana masih sudi menghadiahkan BE di blog munna ni... ada 2 BE baru lagi Nuffnang kasih.

TERIMA KASIH SEMUA 
Related Posts with Thumbnails