Sahabat Alam Maya

Thursday, May 5, 2011

Kamu Ketahuan.... Sepahkan Kain-Kain Ummi

Alahai si Yasmin ini sejak dah dapat kaki berjalan ...ada je yang dia nak explore dan lakukan. Kalau ummi tengah lipat kain memang dia pantang tengok mesti time tu juga dia nak kacau. Kejadian ini telah di laporkan terjadi malam tadi. Biasanya lepas lipat kain munna akan letak dulu kain itu dalam bakul  sebelum susun dalam almari. Tapi secara senyap-senyap dia dah ambush dulu kain munna ni..masa munna tengah masak kat dapur. 


Habis semuanya berselerak. Dalam percubaan nak memakai tudung ummi dia


Berusaha dengan gigih untuk memakai tudung tu


Ini muka yang bersalah atau tak bersalah ni. Dah kena tangkap basah dengan ummi sebab sepahkan kain2 yang ummi dah lipat

Wednesday, May 4, 2011

Sayang Betul Yasmin Dengan Teddy Bear


Yasmin dua tiga hari ini minat sangat dengan teddy bear. Kalau dapat je dia cium-cium tak mahu lepas. Mula-mula ini belikan yang kecil je untuk Yasmin.  


Masa nak hantar dia ke rumah pengasuh memang standby letak teddy bear ni dalam kereta. Bila ada teddy bear ini takdelah dia mengamuk taknak duduk dalam car seat dia.


Teddy bear yang besar ni kakak  Meya punya .. tengok adik ada teddy dalam kereta dia pun sibuk nak bawa teddy bear dia juga
Related Posts with Thumbnails