Sahabat Alam Maya

Thursday, February 27, 2014

Bling Bling

Cantik tak?... 



Lenovo munna dah dapat rumah baru... bling bling lagi.

Kalau ada yang berkenan nak custom made housing handphone yang bling bling macam ni.. silalah ke Luxurious Accessories Shop ye... macam2 pilihan yang ada....

Wednesday, February 26, 2014

WW : Alhamdulillah


Gembira di hati bila tengok family munna disana....

Tuesday, February 25, 2014

Sanah Helwah Buat Norhana Humaira

Alhamdulillah.... Hari ini genap umur kakak meya 6 tahun. Sekejap je masa berlalu rasanya, dah besar rupanya anak ummi .

Ummi dan abah doakan kakak meya menjadi anak yang soleh, diberikan kesihatan yang baik dan  cemerlang dunia dan akhirat.

Nanti kita sambut birthday kakak dengan adik Yasmin sekali ye...


Posted via Blogaway

Sunday, February 23, 2014

Semoga Dipermudahkan

Insyaallah .... 2:30 pagi ini parents munna akan naik pesawat untuk ke Tanah Suci Mekah untuk melakukan umrah buat kali kedua. Semoga dipermudahkan buat mereka disana. Kali ini mereka pergi ada kakak munna dan suami serta anak dia yang ikut sekali ke sana, jadi kuranglah risau kami adik beradik kat sini. Amin....


Posted via Blogaway

Thursday, February 20, 2014

Puding Tauhu

Buat puding ni dah lama tapi  baru nak up  kat blog sebab dah lama terpendam dalam draft je post ni. Puding ni memang superbb... layan time musim panas ni memang terbaik!!!!


Cute je.... sayang nak makan.... recycle bekas anis choct moist je untuk dapatkan bentuk hati ni.


Munna ngap sorang2 je ni... kedekot tak nak kongsi dgn orang lain

Wednesday, February 19, 2014

Thursday, February 13, 2014

Lenovo A850

Ini dia gajet baru munna. Baru je pakai seminggu. Nak juga ada telefon bijak pandai ni. survey punya survey ... akhirnya brand Lenovo jadi pilihan hati. Itupun lepas buat research dan tanya pendapat umum pasal brand  Lenovo ni. 



Alhamdulillah.... Setakat ni memang ok je .... Bateri pun tahan lama dan internet dia laju je. Sebelum ni ingatkan nak rembat Samsung tapi kakak munna kata bateri cepat sangat habis bila selalu on9 itu. Pakai yang ni walaupun selalu on9 dan layan kdrama bateri dia tahan satu hari.... Paling best harga dia sangatlah berbaloi.... 

Wednesday, February 12, 2014

WW : Arnab Biru

 Kalaulah ada arnab berwarna biru ....mesti comel kan. 


Hasil tangan kakak meya

WW : Dangai



                          
 Siapa pernah makan kuih ni.....

Tuesday, February 11, 2014

Menziarah Kubur Arwah Nenek

Ahad yang lalu munna sekeluarga pergi menziarah kubur arwah nenek munna yang telah meninggal pada bulan 9 yang lalu untuk  membersihkan kawasan kubur dan mendoakan kesejahteraan arwah disana.

Alhamdulillah keadaan kubur arwah baik walaupun telah di tenggelami banjir besar baru-baru ini. Kebetulan ada orang pasang iklan untuk buat kepuk kubur kat situ  mudahlah nak cari orang yang buatkan nanti.


Posted via Blogaway

Monday, February 10, 2014

Beg Baru

Semangat kakak meya pergi KAFA har ini sebab bawa beg baru. Pilih punya pilih yang ini jadi pilihan hati.
  


Posted via Blogaway

Beg Baru

Bertambah semangat kakak meya ke kelas KAFA hari ini sebab dapat beg baru. Pilih punya pilih itu yg jadi pilihan hati.


Posted via Blogaway

Wednesday, February 5, 2014

WW : Bertingkek Tingkek


Happy je bila dapat makan Domino's Pizza

Alahai Anak Ummi


Dah dua hari anak munna demam. pakat agaknya mula mula Yasmin demam lepas tu Kakak meya pula panas badan dia. Sekolah pun jawabnya dah dua harilah tak pergi. Nasib baik budak berdua ni senang makan ubat. Semoga cepat sembuh ye anak anak ummi ni

Tuesday, February 4, 2014

Makan-Makan Di Ana Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur

Makan-makan ni dah lama terjadi ... cuma baru sempat je nak update kat blog munna ni.
 Kalau pergi Kuantan memang akan singgah ke kedai makan ni sebab nak makan ikan bakar petai. Alhamdulillah setakat ni kalau makan kat sana memang sedap dan harga pun berpatutan rasanya. 


Udang goreng mentaga yang mabeles


Sotong goreng tepung


Ikan siakap bakar petai


Ikan pari bakar petai


penuh meja kami makan 5 beranak. Kakak meya dan Yasmin kalau le kedai masakan panas mesti order nasi goreng cina je... yang lain diaorang taknak makan.

Kalau ke Kuantan bolehlah pergi makan kesana ... servis dan layanan pun ok... masakan pun cepat je sampai walaupun kedai tu sentiasa ramai orang

Related Posts with Thumbnails