Sahabat Alam Maya

Wednesday, June 19, 2013

WW : Hadiah Untuk Tersayang


Belek punya belek .... yg ini jadi pilihan hati en abang.... 

Thursday, June 13, 2013

Island Hoping Di Langkawi

Pergi kali ini munna dah beritahu siap-siap kat ahli rombongan yang munna nak buat island hoping. Tahun lepas pergi tak sempat buat aktiviti ni. Alhamdulillah tercapai hasrat munna nak buat aktiviti ni. 

Kitaorang sewa satu bot untuk RM 350.00. Sebelum naik siap-siap beli air dan bekalan roti untuk makanan kat sana nanti. Driver bot siap pesan simpan makanan elok-elok... kera banyak kat sana.


Sepanjang perjalanan Yasmin berbungkus macam ni.... takut sangat dia...


Destinasi pertama 


Untuk pengetahuan semua ye.....


Walaupun bukan masa cuti sekolah ataupun weekend ... tetap penuh dengan orang ramai kat situ....


Ini jelah aktiviti munna kat tasik ... nak masuk dalam tasik tak berani.....
Perjalanan nak ke tasik memang mencabar sungguh.... masa pergi ok lagi... bila nak balik terpaksa mendaki ... memang mencabar sungguh... lagi2 sebab ada mak munna.... dia tak larat sangat .

Destinasi kedua cuma pergi ke kawasan banyak helang je. Tengok macamana helang tu tangkap ikan. Setiap kali tengok helang tu dapat tangkap ikan... budak-budak tu seronok sakan.



Destinasi terakhir ialah mandi manda dan main pasir kat Beras Basah. Cantik betul pantai ni.... seronok anak munna dan anak buah mandi dalam air yang masin tu.... lepas tu aktiviti main pasir... yang jadi mangsa en abang munna... anak2 buah pakat nak timbus paklang dia dalam pasir tu. 




Wednesday, June 12, 2013

Monday, June 10, 2013

Selamat Hari Lahir

Dah bertambah setahun lagi.... Hari ni hari lahir en abang munna yang ke 34. Munna dan anak2 doakan abah panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu. Khamis ni kita pergi pilih hadiah ye.....
Related Posts with Thumbnails