Sahabat Alam Maya

Wednesday, October 31, 2012

Imej Baru Yasmin

Sebab dah mencucuk mata rambut depan yasmin tu jadi nenek dia cantas lah kasi kemas sikit.




Hasil cantasan nenek yang tak sekata... ada panjang pendek.... 


Layan makan di Marrybrown.... habis licin semuanya

Tuesday, October 30, 2012

Bihun Singapore dan Secawan Kopi


Sarapan pagi ini.... bihun singapore


Kena dengan secawan kopi pekat.... perghhhh.....

Dah sarapan ke semua?

Monday, October 29, 2012

Salam Aidiladha Dan Terima Kasih

Rasanya belum terlambat munna nak ucapkan Salam Aidiladha buat rakan-rakan semua. Sambutan tahun ini agak meriah juga. Seronok rasanya dapat berkumpul dengan ahli keluarga walaupun masih ada yang tak dapat pulang bersama-sama  meraikannya.

Munna juga nak ucapkan terima kasih di atas ucapan dan doa yang rakan-rakan berikan sempena ulang tahun kelahiran munna yang lalu. Terima kasih semua.

Thursday, October 25, 2012

Alhamdulillah.....Setahun Lagi

Hari ini bertambah setahun lagi umur munna. Alhamdulillah... Allah SWT masih panjangkan umur munna untuk bersama dengan keluarga tersayang. Genap 32 tahun sudah berada di bumi Allah ini ... terima kasih diatas kurniaan rezeki dan kebahagiaan yang munna kecapi sekarang ni.Pada teman-teman yang memberi ucapan dan doa... terima kasih munna ucapkan.

Wednesday, October 24, 2012

Dah Mula Cuti

Sebabnya hari ini kat Pahang dah cuti sempena Keputeraan Sultan Pahang.... munna pun mohon lah cuti sekali untuk esok.... lama sikit dapat cuti.... seronoknya.... 

Tuesday, October 23, 2012

Tak Jemu Kakak Meya Ke Sini




Bila munna tanya nak pergi mana cuti raya ni.... jawab dia Gambang..... Tak jemu2 ke sini.... rasanya dah lebih 5 kali pergi sini untuk tahun ni ... Layan jelah....

Monday, October 22, 2012

Tingginya Di Melaka

Permandangan ... nampak bandar Melaka dari atas ini


Cantik bandar Melaka ni.... Ini gambar yang munna ambil masa naik Menara Taming Sari sebenarnya. Kalau ke Melaka mesti nak naik menara ni. Tak jemu walaupun dah banyak kali naik menara ni.


Meya tak takut langsung naik menara ni.... bergambar dengan makcik dan sepupu dia Acap



Munna dan Meya ... Peace Yoo!!

Yasmin tunngu bawah dengan abah.... dia memang takut naik tinggi2 ni....


Wangi Wangi Dengan Gucci


Baru-baru ni... menambah koleksi minyak wangi munna. Sebelum ni tak pernah pun beli perfume jenama Gucci


Pilih punya pilih.... akhirnya munna pilih Gucci Envy Me.... sedap bau dia ... lembut je.


Dapat sample free.... yang Femme tu pun munna suka bau dia.... lepas ni nak rembat yang tu pula...

Friday, October 19, 2012

Secret Garden Punya Pasal

Hari tu dah layan drama ni secara online. Tak puas rasanya .... amekaw... munna gigih download pula


Dah download sampai episod 14... ada 6 episod je lagi... chaiyukkk.....

Yahooo.... Dapat Dua Lagi

Dah lama tak buka akaun nuffnang... rupanya ada dua BE baru yang Nuffnang bagi.


Terima kasih ye Nuffnang

Thursday, October 18, 2012

Antara Yang Bertuah Rupanya


Hamper ini munna dapat masa cabutan bertuah masa program gotong royong di kawasan kampung munna ni. Walaupun cuma hamper tapi bila no. munna naik seronok rasanya... yang satu lagi tu adik munna yang punya ... dia pun dapat. Apa lagi balik dari gotong royong... anak- anak buah munna pula gotong royong kan hamper ni... seronok diaorang.



Wednesday, October 17, 2012

WW : Atas Permintaan Ipar Duai



Menu makan-makan dengan ipar duai




Tuesday, October 16, 2012

Makanan Jepun Pun Meya Suka

Kakak meya ni ...apa2 pun semuanya dia suka. Sejak ada Shushi King kat Mentakab Star Mall ni selalu juga munna makan di sini. Kakak meya memang suka makan pulut jadi memang lajulah dia makan shushi.




Sedapnya air teh jepun ni.... lagi2 yang panas


Set peri-peri chicken pilihan munna




Tokoyaki ..... memang suka sangat ...munna pilih octopus


Pilihan en. abang


En. abang juga yang punya


Sedapnya tauhu ni..... dah nak habis ... barulah tahu ada mushroom kat bawah sekali.

Cuma satu je yang tak best kat sini....pilihan untuk air minuman tak banyak....

Friday, October 12, 2012

Senyum Lebar Kalau Ke Pizza Hut

Kakak meya memang suka sangat makan pizza . Bila keluar je mesti ajak makan pizza. Dating berdua lagi dengan kakak meya.... dah jadi kawan ummi bila nak keluar bandar sekarang ni.



Suka sangat air blacberry flizz ni


semankuk sup tu meya boleh habiskan sorang2


Ini untuk munna


Pilihan kakak meya.... supreme

Wednesday, October 10, 2012

WW : Renungan Bersama


Fikir-fikirkanlah

Tuesday, October 9, 2012

Rutin Sebulan Sekali

Tiap-tiap bulan menjadi tanggungjawab munna untuk bawa mak munna ke klinik pakar di Hospital Temerloh. Disebabkan mak ada diabetes jadinya dia perlu jumpa doktor pakar untuk diabetes dan mata sebulan sekali. Biasanya kalau ke hospital pakar munna memang bawa Kakak Meya sekali... sebab dia suka sangat ke sana ..sebab ada taman permainan dan ramai kawan-kawan katanya

Kakak Meya tengah skodeng bilik doktor....


Muka happy sebab dapat pergi hospital.... 


Mak munna... hampir 15 tahun menghidap diabetes... setakat ni alhamdulillah masih boleh di kawal ... 

Monday, October 8, 2012

Sekali Rasa Terus Terpikat

Kek Marble Chocolate Cheese ... ntah dah berapa kali munna buat. Kek ni dah jadi kegemaran munna sekeluarga. Asalnya rasa kek ni masa bertandang ke rumah blogger Madam Azian. Sejak dari tu selalu sangat buat kek ni... Masa jamuan raya kat rumah family munna ramai yang minta resepi kek ni. 


Kakak meya yang happy bila tengok ummi dia buat kek ini untuk makan-makan dengan family. Tak sempat nak bubuh topping dia dah curi2 kutil tepi kek tu


Kek munna yang belum di make over....



Setelah di bubuh topping coklat ganache .... bertambah sedap bila letak almond flakes kat atasnya....



Sunday, October 7, 2012

Menu Untuk Makan Tengahari ini

Salam semua... dah makan tengahari ke?. Ini menu yang munna masak untuk hari ini.


Lala masal lemak cili api


Telur dadar untuk anak2


Ini yang best terung bakar cicag sambal kicap.... perghhh menambah makan jadinya... 

Kenyang sudah!!!!


Friday, October 5, 2012

BE Terbaru Daripada Nuffnang


Alhamdulillah... walaupun dua tiga menjak ni jarang update.... tapi masih ada yg BE yang sudi menyinggah di sini. TQ Nuffnang....

Thursday, October 4, 2012

Awek Buku Conrflakes Madu


Tiba-tiba rasa macam remaja bila baca novel ni. Dah  seminggu beli tapi setakat ni baru sampai mukasurat 77.... aduhai... 
Dulu kalau novel mcm ni sehari je dah boleh habis ... kena pupuk semula minat membaca nampak gayanya. Bukan cerita novel ni tak best cuma munna je yang malas......

p/s : masih belum sempat nak baca komen dan blogwalking lagi... nanti munna balas ye

Wednesday, October 3, 2012

WW : Alhamdulillah.....


Selesai sudah urusan pembelian tanah lot .... lepas ni kena gigih cari modal untuk bina rumah pula

WW : Rezeki Dengan Apam Dot dot


Tempahan dari regular customer munna... alhamdulillah....

Tuesday, October 2, 2012

Jom Makan Pizza Cara Kakak Meya

 Kakak meya memang suka makan pizza. satu pan personal pizza tu dia boleh habiskan sorang-sorang je.

 
Happy je bila dapat makan pizza. Tapi meya makan pizza ada lain sikit dari orang lain.


Macam ni lah cara dia makan... semua topping dia buang ... dia cuma makan roti dia je... selalunya munna lah yang tukang habiskan segala topping kat atas pizza tu....

Mangga Giant


Bukan Giant yang punya tetapi mangga ni memang besar macam Giant.... agaknya sebiji tu cecah sekilo beratnya. Mangga ini pekerja en abang yang punya. ... dia ambil dari rumah pakciknya dan jual pada orang. Dapat juga munna 2 biji ... memang sedap dan manis isinya... sebiji makan empat beranak pun dah rasa cukup.

Related Posts with Thumbnails