Sahabat Alam Maya

Friday, March 30, 2012

Harapnya Ada Berita Gembira

Bila tengok kawan-kawan munna semuanya dah ada rumah sendiri... hati ini teringin juga nak ada rumah sendiri. Kalau ikutkan en abang dah ada rumah sendiri tapi sangatlah kecik sebab rumah flat je dan tinggi juga jadi tak selesa pada munna dan anak. Sudahnya kami sewakan rumah tu dan munna sekeluarga pindah menyewa rumah orang lain pula.

Sekarang ni teringin nak ada rumah sendiri yang besar dan selesa sikit. Kalau ikut target munna nak ada rumah sendiri menjelang umur 35 tahun ..nampaknya ada 3 tahun lagi masa untuk mencapai target tu. Sekarang ni tengah pikir samaada nak beli rumah taman ataupun nak beli tanah lot dan bina rumah sendiri. Mana satu yang lagi baik ye....


Glamerlah Blogger Kak Ieda Herbalife Ini


Wah glamernya blogger Kak Ieda ni. Nampaknya semua kenal dengan Kak Ieda ye. Sebenarnya Kak Ieda lah blogger yang bagi munna kupon diskaun untuk tiket masuk ke Gambang Waterpark hari tu. Munna jumpa Kak Ieda kat tempat kerja dia di University College Shahputra untuk collect kupon tu. 

Tapi sayang dapat jumpa sekejap je... kalau tak nak juga culik Kak Ieda kejap angkut sekali pergi Gambang. Kak Ieda secara reality nya sangat lah lemah lembut, peramah dan juga cantik orangnya. Lain kali kalau munna turun Kuantan nak jumpa dan borak-borak lebih lama dengan Kak Ieda.

Thursday, March 29, 2012

Terima Kasih Tak Terhingga Pada Blogger Ini


Cer teka munna dengan blogger siapa ni...

Blogger kedua munna jumpa secara face to face .. seronoknya. 


Aduhai Denda RM25 Aje....


Nooranishah (kiri) bersama Faiqah dan Nurul Huda ketika ditahan atas kesalahan mempamerkan tarian tiang dan berpakaian tidak sopan di sebuah pusat hiburan di Nilai pada Sabtu lalu.

SEREMBAN - Tiga wanita beragama Islam didenda RM25 seorang oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas mengaku bersalah atas tuduhan berkelakuan kurang sopan dengan melakukan aksi tarian tiang di sebuah pusat hiburan di Nilai dekat sini Sabtu lalu.
Faiqah Azizan, 24, Nurul Huda Abdul Rahman, 23, dan Nooranishah Mohamad Isa, 19, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh.
Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga wanita tersebut yang berasal dari Kuala Lumpur didakwa mempamerkan tarian tiang di atas pentas dengan pakaian kurang sopan di tempat hiburan awam.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 21 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang mengenakan hukuman denda tidak lebih RM25 atau penjara maksimum 14 hari jika sabit kesalahan.
Mereka adalah tertuduh beragama Islam yang pertama di Negeri Sembilan disabitkan kesalahan melakukan tarian tiang di bawah akta tersebut.
Mohamad Izwan dalam penghakimanannya berharap kesemua tertuduh insaf dan tidak mengulangi perbuatan itu demi menjaga nama baik diri dan keluarga mereka.

P/s : Rasanya patut kenakan hukuman lebih berat macam kes kartika sari dulu....setakat RM25 je..sekali diaorg goyang sebelah badan je dah boleh bayar.... Patutlah tersengih je muka diaorang .. takde langsung muka indaf dan kesal gayanya.....

Kakak Meya Yang Kecut Lepas Berendam Di Gambang Waterpark


Jangan marah ye .. tak dapat nak buat laporan bergambar sesi mandi sampai kecut kat Gambang semalam. Inilah jadinya bila dah mak bapak pun teruja sama nak mandi berendam sudahnya dah tak kuasa nak ambil gambar. Sekeping jelah gambar yang ada itupun bila kakak meya sendiri yang ajak bergambar kat situ.

Sangat seronok bermandi manda kat sini ..lebih-lebih lagi di waktu yang aman dan tenang kerana tak ramai orang sebab bukan waktu cuti masa munna datang ni.  Memang sengaja datang hari orang bekerja kerana time cuti Gambang ni penuh dengan umat manusia nak ke tandas salin baju pun beratur sampai berjam.

Bertambah nikmatnya bila dapat diskaun harga tiket masuk ke sini sebab ada blogger yang murah hati bagi kupon diskaun kat munna. Siapa dia blogger tu.. sat lagi munna story ye.

Wednesday, March 28, 2012

WW : Mandi Manda Sampai Kecut


Hari ini munna kesini dengan family untuk mandi manda berendam sampai kecut kulit ye....

Tuesday, March 27, 2012

Beginilah Jadinya Bila Semuanya Nak Buat Sendiri



Yasmin yang suka sangat bergambar sekarang ni.. pantang tengok orang nak ambil gambar dia mulalah badan tu dia lentokkan.


Beginilah jadinya bila Yasmin nak pakai baju dan seluar sendiri. Bila orang nak pakaikan dia marah sanggup dia cuba pakai berjam-jam janji dia sarung sendiri seluar dan baju dia. Sudahnya macam ni lah jadinya... seluar terbalik dan baju sebelah tangan je yang masuk itupun terbalik 

Lipice Free Dah Sampai


Sample free dah sampai ke munna semalam. Walaupun kecil tapi sebab free bestnya.

Bagi yang nak sample free ni klik kat sini. Selagi stok masih ada je ye.

Monday, March 26, 2012

Tolong Ada Ular Masuk Rumah

Kejadian ini berlaku minggu lalu kat rumak mak jiran mak munna sebenarnya. Ada ular berbisa yang masuk dapur rumah jiran tu. Kebetulan hari tu takde kaum lelaki kat rumah jadi semuanya penakut...jalan akhir terpaksalah panggil bomba. 

Kakak Meya teruja tengok kereta pertahanan awam tu.

Panggil bomba tapi yang datang pertahanan awam. Budak-budak kat situ semuanya teruja tengok kereta dan  abang-abang pertahanan awam ni



Gigih abang-abang dan pakcik pertahanan awam tu mencari ular tu. Lama juga nak tangkap ular tu sebab dia menyorok dalam lubang saluran singki. Akhir sekali pertahanan awam tu siram air panas kat lubang tu barulah dapat tangkap ular tu.

Inilah ular yang jadi rebutan hari tu. kecik je tapi berbahaya kata abang-abang pertahanan tu. 

Friday, March 23, 2012

Dah Ada Simptom-Simptom Awal

Aduhai ... kepala dah mula rasa berat dan pusing-pusing.
Hidung dah mula gatal-gatal.
Tekak dan mula perit dan gatal-gatal.

Petang ni jawabnya kena lah jumpa doktor.

Rasanya baru je di serang selesema dan batuk bulan lepas ... nampaknya ni berjangkit lagi.... kat rumah semuanya tengah menghadapi penyakit ni.. cuma kakak Meya je yang steady lagi. Harap-harap cepat sembuh sebab nak ke Gambang Waterpark bawa budak berdua tu.

First Time Order Online

Mudah je hidup sekarang ni kan, nak makan .. order je on9... tunggu 30 minit dah sampai depan pintu rumah.


Ini yang munna order... personal pizza tu dapat percuma sebab kesilapan pizza hut sebab lambat.


Feveret kak Meya ... makan cicah dengan mushroom soup....


Personal pizza yang dapat free je....

Teringin nak makan Domino's pulak lepas ni... tapi nak kena ke KL lah jawabnya.... kat Kuantan pun takde lagi rasanya 

Thursday, March 22, 2012

Di Old Town Dengan Kawan Sekolah Dulu

 Hari lunch di Old Town dengan kawan masa sekolah menengah dulu. Punyalah kelakar rupanya ofis munna dan rakan dekat je... silap2 kalau menjerit pun dah boleh dengar


Classmate munna masa sekolah dulu.... Azlina ...nanti-nanti kita lunch sesama lagi ye. 


Kalau ke Old Town... memang ini jelah air yg munna akan order ..suka sangat


Kali ni order nasi ini .... tapi agak berminyak


Kawan munna order yang ni.... macam maggi je munna tengok...

Bestkan kalau jumpa kawan-kawan lama... berborak masa lalu dan gossip2 macam tak cukup je masa... nasib baik dekat je ofis kitaorang senang je lah nak ngulor time lunch lain kali.

Saksikan Karoot Komedia Malam Ini Di Astro Warna


Dah macam duta Astro Warna pulak rasanya. Malam ini jangan lupa saksikan Karoot Komedia jam 10 malam di saluran Astro Warna ye. Munna kalau rancangan komedi macam ni memang suka..lagi-lagi kalau lawak yang spontan.

Konsep baharu Karoot Komedia


KAROOT KOMEDIA turut menampilkan pelakon residen pada setiap episod yang sebahagian besarnya merupakan pelawak-pelawak yang sudah mencipta nama.


Sejajar dengan konsep Astro Warna (saluran 132) yang ingin sentiasa memberikan program lawak berkualiti kepada penonton mereka, sebuah rancangan komedi terbaharu, Karoot Komedia bakal disajikan kepada penonton yang inginkan komedi secara berterusan.
Karoot Komedia merupakan sebuah program komedi muzikal yang berdurasi selama 30 minit. Melalui gabungan muzik dikir barat serta lakonan sketsa pelakon komedi terkenal, Astro Warna menjanjikan program ini bakal menyerlahkan sisi lain serta konsep baharu rancangan komedi yang sedia ada di Astro Warna kini.
Karoot merupakan perkataan yang lahir daripada tukang karut yang bertindak sebagai pencerita semasa dikir barat. Istilah komedia pula lahir daripada perkataan Greek iaitu comedia iaitu gelaran kepada teater komedi di Greek.
“Antara keunikan yang bakal diselitkan menerusi Karoot Komedia adalah penampilan kumpulan dikir barat yang mengikut tema sketsa pada rakaman minggu tersebut.
“Selain itu, kami juga tampilkan pelawak-pelawak yang diminati ramai seperti Ebby Yus, Johan, Jep Sepahtu, Jihan Raja Lawak serta Yus Raja Lawak yang menjadi pelakon residen program ini setiap minggu.
“Konsep seperti ini dipilih kerana kami mahu berikan sesuatu yang berbeza kepada penonton. Idea ini juga tercetus setelah saya, Sabri Yunus dan Husin Saaban mencapai kata sepakat mahu menghasilkan sesuatu yang akan membuatkan penonton tidak berganjak dari depan kaca TV dari mula hingga ke akhir program,” jelas Pengurus Saluran Astro Warna, Bob Azrai tentang konsep yang dipilih.

KELAINAN Karoot Komedia dijana menerusi penampilan kumpulan dikir barat yang akan berubah penampilan mengikut teman yang berbeza pada setiap minggu.


Apa yang menariknya, kumpulan dikir barat akan mengikut tema judul pada minggu tersebut. Sebagai contoh, jika tema rakaman minggu itu ialah tentang Mat Rempit, maka ahli dikir barat akan berpakaian seperti Mat Rempit iaitu dengan memakai topi keledar dan koreografi juga akan menjurus kepada aksi merempit.
Selain itu juga, para pelakon residen akan ditentukan watak mereka oleh penonton yang hadir dan mereka juga tidak diberi skrip serta dialog. Namun, sebelum program dirakam, mereka akan diberitahu secara ringkas tentang jalan cerita yang akan dipilih kelak.
“Jalan ceritanya pula dipilih mengikut isu semasa yang popular dan sememangnya kami selitkan teladan dan mesej yang boleh memberi pengajaran kepada penonton. Kami memang mahu wujudkan mesej melalui komedi supaya ia mudah diterap penonton.
“Alhamdulillah sepanjang rakaman, ia sangat mendapat sambutan daripada penonton yang hadir ke studio. Apa yang dilihat, mereka juga sangat enjoy ketika menonton Karoot Komedia,” kata Bob lagi.
Apa yang boleh disimpulkan, penonton pasti tidak kering gusi menonton program baharu Karoot Komedia dengan sajian lawak spontan yang dilakonkan pelawak-pelawak residen yang dipilih.
Program itu bakal bersiaran bermula 22 Mac setiap hari Khamis pukul 10 malam.

Makan-Makan Di Marrybrown Bera

Ahad lepas munna dan family balik kampung en abang di Bera. Malam tu sebelum balik Temerloh singgah dulu di Marrybrown untuk menjamu selera.... bandar kecik macam ni pun ada Marrybrown dah... kat Temerloh yang bandar besar ni pun baru je dalam pembinaan bangunan Marrybrown ni.

Pandangan dari jauh Maryybrown Bera. Memang besar dan luas .. parking pun mudah dan banyak.


Menu yang diorder untuk anak-anak munna ialah mushroom soup, french fries dan cheesy bun.


En. abang munna order porridge ni .... masih tak boleh lawan bubur McD lagi...



Munna dan anak buah sorang lagi order yang ni.... aduhai dlm gambar kemain lagi ...sampai depan mata tak menaikkan nafsu makan langsung.


Air pula nescafe ais, nescafe float dan orange jus yg masam...

Walaupun menu so so je..tapi dekorasi kat dalam tu memang menarik dan kemas ...playground untuk anak2 pun ada jadi kira selesalah kalau makan kat sini. Kalau balik Bera mesti singgah sini punya

Wednesday, March 21, 2012

Layan Makan Jambu Batu Petang Ini


Asyik layan yang goreng-goreng je bila petang kat ofis ni... hari ini tukar menu makan jambu potong pula. Memang sedap jambu ni..lagi2 adik yang jual jambu tu tak kedekut asam ...memang syok rasanya. Mahal dah jambu sekarang ni ye... dulu 0.60 je untuk dah cukup... sekarang ni RM 2 baru dapat sebelah je jambu .

BE Kedua Untuk Tahun 2012 Mana Tahu Menang Bag Louis Vuitton

Iklan wuuhuonline sedang berjoget-joget di blog munna

Yahoo.... akhirnya selepas semua BE munna dah bertukar ke ME... akhirnya ada juga rezeki dari Nuffnang. Iklan dari wuuhuonline tengat menari-nari di blog munna sekarang ni. Jom pakat ramai-ramai join contest  yang wuuhuonline anjurkan ... mana tahu boleh menang bag dari Louis Vuitton. 

WW : Ayam Bersunat


hehehe...apalah yg dimaksudkan dengan ayam sunat

Tuesday, March 20, 2012

Hadiah Little Chef Nurain Yasmin Dah Sampai

Alhamdulillah ... rezeki birthday girl dah selamat sampai semalam


Ini dia hadiah-hadiah yang Yasmin dapat 


Untuk Yasmin hadiahnya ini.... tapi nampak gayanya kakak meya yang lebih-lebih. Nasib baik topi chef tu MummyAyu kasi extra jadi takdelah berebut budak berdua tu.


Ummi dia pun dapat hadiah juga tau... suka FM tu cantik...crochet pun cantik juga.

Thanks pada MummyAyu

Bila Dah Teringin Dan Rajin


Amacam.... cantik tak ketupat sotong ni.... bila dah teringin nak makan. Pagi-pagi dah gigih membuat ni. Sayangnya tak dapat sotong yang besar... klu tak lagi cantik hasilnya. Tapi bukan hasil tangan Munna tapi en. abang yang tiba-tiba angin rajinnya datang pagi ini.

Monday, March 19, 2012

Sponsor Tapai Pulut Untuk Kenduri Kahwin

 Ingat lagi tak entry pasal projek malam tadi. Rupanya ramai juga yang tak tahu daun apa itu. Sebenarnya itu daun getah... munna guna untuk bungkus tapai pulut. Saja je sponsor untuk majlis kenduri jiran mak munna.


Pulut yang dah di masak di sejukkan sebentar dan di gaulkan dengan ragi. Ragi pun bukan sebarang ragi .. setakat ni kalau nak buat tapai memang kena import ragi tu dari Selangor barulah menjadi tapai pulut. Pernah guna ragi yang lain tapi tak menjadi tapai pulut tu.


Pulut yang dah di bunkus dengan daun getah.... boleh juga di bungkus dengan daun pisang tapi munna rasa lagi mudah guna daun getah.


Inilah hasilnya... masak 4 kilogram pulut hari tu banyak juga dapatnya.... peram dulu untuk 1 1/2 hari barulah pulut tu bertukar menjadi tapai yang manis dan harum baunya.

Munna suka simpan sejuk dulu tapai dalam freezer baru makan... bestnya

Saturday, March 17, 2012

Tahniah Shiro Juara Raja Lawak Musim Ke 6

Memang seperti yang munna duga, kumpulan Shiro akan dinobatkan sebagai juara Raja Lawak bagi musim ini.

 

Lawak diaorang memang best. Lawak pengemis dan YB giler memang menjadi untuk Shiro masa finale tadi... Selaku juara mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanya RM100,000.00. Naib juara pula di sandang oleh kumpulan Zero dengan hadiah wang tunai RM50,000.00. Tempat ketiga pula kumpulan Cuit dengan hadiah RM 30,000.00 dan 2yol di tempat keempat dengan hadiah wang tunai RM10,000.00.


Friday, March 16, 2012

Siapa Juara Raja Lawak Musim Ke-6


Malam ini adalah gelanggang Raja Lawak Musim Keenam. Agak-agaknya siapa yang akan di nobatkan sebagai juara Raja Lawak kali ini.

2yol

Cuit

Shiro

Zero

Munna suka kumpulan Shiro tapi sejak akhir-akhir ini kumpulan Zero punya lawak memang menjadi-jadi. Apa-apa pun kita tunggu keputusannya malam ini. Saksikan gelanggang akhir Raja Lawak 6 di Astro Warna pada pukul 10 malam ini.

Mania Di Astro Ria Bermula

 

Asyik tengok iklan promo rancangan ni aje sekarang ni kat Astro Ria. Pandai betul Astro ni dah takde Akademi Fantasia diaorang buat rancangan realiti nyanyian yang terbaru.

Mania merupakan satu rancangan hiburan bercorak pertandingan nyanyian melibatkan artis-artis terkemuka tanahair mas kini. Sesuatu yang unik mengenai Mania ialah ianya akan menggandingkan para artis hebat ini dengan ikon-ikon penerbitan muzik yang gah dalam industri muzik. Sepanjang 10 minggu pertandingan ini berlangsung, para penonton akan menyaksikan hasil gandingan artis terkenal dengan ikon penerbitan muzik ini di pentas. Siapa yang terhebat di antara artis-artis hebat ini? Anda selaku penonton yang akan menentukannya melalui undian SMS anda

Berikut merupakan senarai 12 artis yang terpilih menjadi peserta program mania 2011 astro ria
  1. Stacy AF6
  2. Jaclyn Victor
  3. Hafiz AF7
  4. Shila Amzah
  5. Hazama AF9
  6. Atilia
  7. Akim AF7
  8. Alyah
  9. Adira AF8
  10. Estranged
  11. Kristal
  12. Awi Rafael
Manakal 3 orang lagi akan dipilih melalui undian dari peminat di laman web rasmi “Mania”.
Pemenang tempat pertama “Mania” akan membawa pulang wang tunai RM500,000, kedua RM200,000 dan ketiga pula ialah RM100,000. Penerbit muzik atau ikon yang berjaya membawa ‘anak murid’ mereka bergelar juara akan membawa pulang wang tunai RM300,000.

Update : Tiga lagi artis yang di undi ialah Ebi AF, Aril AF dan Chaq






Projek Malam Tadi


Kawan-kawan tahu ke daun apa ni. Jenuh munna menyiapkan projek malam tadi.... banyak juga guna daun ni...nasib baik senang nak dapat. 

Thursday, March 15, 2012

Misi Mencari Baju Kurung Hijau

Jiran sebelah rumah mak munna buat kenduri sambut menantu minggu ini. Jiran ni memang rapat dengan mak munna dah kira macam anak angkat pada mak munna. Dia dah warning awal-awal kalau boleh pakai baju warna hijau untuk kenduri dia nanti....

Gigih dah munna mencari baju kurung hijau masih tak jumpa...al maklumlah size macam munna susah nak jumpa. Nak beli on9 memang tak berani sebab size tak sama ikut pattern...  ada yg ni size 48 dah boleh masuk... cuba jenama lain size 48 dah macam sarung nangka pulak.... 

 

 

Cantiknya baju yg jual on9 .... 

Belek2 baju lama... rupanya baju munna yang warna hijau cuma ada satu je...itupun dah selalu pakai..malulah pulak asyik pakai baju yang sama je.... Esok hari jumaat lunch hour lama sikit jadi nak cuba try cari kat mentakab pula... itulah bila last minute baru nak mencari...itu belum cari tudung lagi tu.... beginilah jadinya...

Ibu Dan Bapa Silalah Prihatin


Sayu melihat gambar ini.... nak letak tak sanggup rasanya tapi sebagai peringatan buat munna, en. abang dan ibubapa semua... silalah prihatin dengan anak anda.... 

Mayat kanak-kanak lemas di Tasik Titiwangsa ditemui pagi ini

KUALA LUMPUR - Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia
dua tahun, yang dipercayai lemas, ditemui terapung di Tasik 
Titiwangsa di sini, awal pagi tadi.

Mayat kanak-kanak itu dijumpai oleh orang awam kira-kira
 jam 7.30 pagi selepas dilaporkan hilang ketika bermain di taman
 permainan berdekatan lokasi kejadian semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah
berkata, mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk 
dibedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Sumber : Sinar Harian

Wednesday, March 14, 2012

WW : World Of Politics


Tandanya Malaysia ni amankan....

Kupon Tayangan Percuma Sempena Pembukaan GSC Lite Mentakab Star Mall


Lepas 2 bulan tertangguh ...akhirnya GSC Lite di Mentakab Star Mall akan di buka hari ini, Munna ada dapat kupon percuma untuk tayangan percuma tetapi filem-filem dia pulak tak best dan yang lama. Jadi pada warga Temerloh dan Mentakab boleh lah serbu GSC hari ini. Munna plan nak bawa anak2 tgk seefood weekend ni....

Tuesday, March 13, 2012

Demam Bella

Aduhai sejak ada Astro Bella ni....munna dah kena demam layan telenovela rasanya. Hari-hari mesti  kena tengok sebab dah tengok dari mula lagi. Tapi munna suka layan cerita Filipino terutama cerita Rivals Dan Fish Port Princess. 

Magkaribalposter-1.jpg



Tapi nak tengok Astro Bella ni bila budak kecik berdua tu dah tidor je sebab tak sesuai untuk budak-budak lagi2 kakak meya yang banyak tanya tu. Tak terjawap semua pertanyaan dia.

Telenovela Empartiz pun best juga ... lagi yang jadi heroin tu dlm telenovela ni Gabreilla Spanic yang berlakon dalam La Usurpadora dulu.



Yasmin Dah Berjaya Untuk 2 Hari Ini

Dah 2 hari Yasmin berhenti menyusu badan.... kesian juga tengok dia serba tak kena lagi2 bila malam tengah tidur ...bila terjaga je .... meraban mencari susu. Tapi Alhamdulillah berjaya dah menempuhnya untuk 2 hari harapnya berterusanlah selepas ini.

Bila Yasmin teringat je susu dia cepat2 munna katakan yg susu ummi sakit jadi tak dapat bagi dia... nasib baik dia boleh terima dan faham... sekarang ni asyik cakap ..sian ummi sakit.. Tak payah susah2 munna ikut petua orang2 dulu letak macam-macam cuma cakap je ummi dia sakit terus dia faham....

Sekarang ni tengah training Yasmin minum susu formula .... nampaknya dia kurang suka. Dah bermacam-macam jenis susu dan perasa munna beli tapi nampak dia tak berminat sangat. Semalam munna cuba begi dia susu Enfagrow pula... alhamdulillah kali ni tengok dia minum lebih sikit. Lebih-lebih bila munna puji dia pandai banyaklah juga dia minum. Memang harap dia nak minum susu formula ni sebab Yasmin makan memang kurang harapkan susu je lah untuk tambahkan berat badan dia.

Monday, March 12, 2012

Rezeki Birthday Girl

Ada rezeki yang mengembirakan buat birthday girl kita Yasmin.... nama Yasmin dah naik dalam GA yang blogger Mummy Ayu anjurkan. Alhamdulillah rezeki Yasmin sebab itupun sebab ada pemenang yang tak bagi details... bila Mummy Ayu buat cabutan baru nama Yasmin yang naik.... hadiah sempena birthdaylah tu... Terima kasih buat Mummy Ayu yang anjurkan GA ni....

Leganya.... Sudah Siap Semuanya....

Akhirnya semua kerja munna yang menimbun minggu lepas dah siap semuanya. Sebab semua dokumen tender yang menimbun dan perlu disiapkan juga minggu lepas... jadinya minggu lepas munna tak update blog dan berjalan-jalan ke blog kawan2. Bila dah siap semuanya tender dari Alloy, JKR dan JPS baru aman rasanya dan nak berblog rasa bahagia je....Happy blogging semua....

Saturday, March 10, 2012

Happy Birthday Nurain Yasmin


Punyalah sibuk munna ... sampai kan nak buat entry birthday untuk Yasmin pun dah tengah malam... Hari ini genap umur Yasmin dua tahun. 


Yasmin yang dah banyak mulut sekarang ni... kadang-kadang tak terlayan soalan dia.


Tengahari tadi sempat juga en. abang munna belikan kek kecik ni untuk celebrate kami sekeluarga je sekali dgn kek untuk kakak meya juga.

Buat Yasmin ... ummi doakan Yasmin diberikan kesihatan yang baik dan dilindungi oleh Allah dan di murahkan rezeki.... semoga membesar menjadi anak yang soleh ye.... Sayang Yasmin...

Related Posts with Thumbnails