Sahabat Alam Maya

Monday, February 28, 2011

Beso Gedabak!

Selalunya kalau masuk dalam blog-blog anakdara diaorang suka letak gambar beso-beso gedabak.  Kali ini munna nak letak gambar Yasmin berphotoshoot pula

Happy dapat makan Lolipop

Muka orang baru dapat kaki

Sukanya Yasmin

Cucu sulung munna..... dah bercucu weh!

Yasmin Dah Dapat Kaki!

Alhamdulillah..... Yasmin dah pandai berjalan dan bangun sendiri tanpa bantuan dari orang lain .. genap umur dia 11 bulan Yasmin dah mula menapak 2 - 3 langkah... 

Sekarang kerja dia asyik nak berjalan je... kejap-kejap jatuh.. Nampaknya sambutan birthday Yasmin nanti dia dah boleh berjalan...

Sunday, February 27, 2011

Baik Tak Payah Beli!

Sebab kat Temerloh ni takde panggung wayang ... jadi lambatlah sikit nak tengok filem-filem terbaru ni. Nasib baik ada Astro First kan....


Sebab nak tengok sangat filem ni munna pun sms astro untuk tengok citer ni.... 


Tapi bila tengok...alamak seram lah pulak... part-part yg ada hantu pakat tutup muka dengan kakak meya

" Baik tak payah beli... buat rugi je... bukan tengok pun"

Itu dia cik abang munna berkata-kata... tapi betul gak banyak yang tutup muka dari tengok citer ni..... memang takut kalau tengok citet-citer seram ni... kalau ada undur-unsur komedi macam hantu kak limah berani lah tengok

Saturday, February 26, 2011

Makan Sayur Bayam Macam Popeye!


Memang munna nak ajar anak-anak suka makan sayur. Tapi kakak meya cuma sukakan sayur bayam saje... nak jadi macam popeye agaknya...kalau masak sayur ni dia makan macam tu aje...
Kalau masak bayam campur jagung tumis dgn sedikit lada hitam aje.. memang berseleralah kakak meya makan
Tunjuk sayur bayam yang dia makan... ni tangan adik yasmin
Yasmin pun suka makan sayur bayam ni... lepas ni anak-anak ummi boleh jadi kuat macam Popeye the Sailorman ... Tut .. Tut

Friday, February 25, 2011

Nasib Baik Dah Boleh Log In


Hari ini munna memang dah cuak ... dari tengahari tadi sampai lapan malam tadi munna tak boleh nak access ke blog munna .. bila log in je yg keluar macam kat gambar atas tu... Punyalah cuak semuanya sebab email munna  dengan gmail tak boleh buka... google minta verfication words melalui handphone.... banyak kali munna hantar baru malam ni dapat sms dari google...

Syukur, alhamdulillah dah boleh log in ke gmail malam ni... Nasib baik.. cuak juga takut nanti blog ni hilang terus ... takkan nak buat blog baru kan.. yang lama tak sama dgn baru.

p/s : lepas ni kita kepochi pasal macaron ye... pasal ramai yg tanya pada entry ini

Inilah Dia Yang Munna Idam-Idamkan

Inilah sebenarnya yang munna idam-idamkan




Punyalah bagus kena bungkus... memang puas hati... sampai pada munna takde satu pun yang pecah atau berderai ... you all nak tahu ke apa sebenarnya 
>
>
>
>
>
 >.
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>


Hah! inilah dia yang munna nak sangat makan tu... Macaron. Tengok ramai dah bloggers yang kepochi pasal macaron ni ... munna pun nak juga rasa


Sekejap je licin macaron ni


Close up... ni kegemaran munna


Tahu-tahu je munna suka perasa ni... Tauke yang jual tu kasi extra 5 untuk perasa ni

Kalau you all semua nak makan macaron ni bolehlah order pada cikmin ye.. servis memang mantop dan tip top... macaron tu pun memang sedap bangat... tak rugi membelinya

Happy Birthday Kakak Meya


Entry ni munna dah set untuk di publishkan pada jam 7.01 pagi 25/2/2011 kerana pada waktu dan tarikh ini lah kakak meya telah selamat mengenali dunia ini pada 3 tahun lepas. Secara rasminya anak sulung munna ini dah berumur 3 tahun hari ini. Selamat ulangtahun sayang , ummi harap meya akan diberkati Allah serta di beri kesihatan yang baik dan mejadi anak yang soleh.

Sekejap je waktu berlalu seakan baru semalam munna  memegang kakak meya buat pertama kali. Alhamdulillah Allah telah anugerahkan munna anak yang cukup sempurna dan comel. Walaupun keletahnya sekarang ni agak memeningkan kepala munna dan mulut yang agak becok dengan soalan-soalan yang kadang-kadang munna dan abah dia tak dapat jawab tapi itu semua nikmat tuhan.

InsyaAllah lepas ni munna update mengenai jamuan sempena birthday kakak meya

P/s : Belum cari lagi hadiah untuk kakak meya... ummi tunggu gaji masuk dulu....

Thursday, February 24, 2011

Sabar Menanti

Wah! you all semua .. sibuk je kepochi nak tahu apa yang munna idam-idamkan sangat tu ye.... sabar ye! 

Pasal line kat ofis ni dah macam sibut tut tut berjalan ... sangat slow melow . 

Nak upload satu gambar pun sampai berkurun lamanya...jadi kenalah tunggu malam nanti ye...  munna upload dari rumah. Itupun kalau budak kecik berdua tu tak ganggu ummi dia...

Nak BW pun semput dah ni... Sabar je lah...

Munna Pengunjung Bertuah Blog Epilog Syurga Cinta

Hari itu munna kena no ekor kat blog Alin Marlini ... rasanya munna dah email print screen dekat dia .. tapi dia tak terima katanya... sebagai bukti munna buat entry ni khas untuk Alin Marlini


Ini buktinya munna pengunjung bertuah Epilog Syurga Cinta

Wednesday, February 23, 2011

Yang Di Idam-Idamkan

Hati banyak gumbira ini.hari....  pasal yang munna inginkan, idamkan, angankan dan hajatkan dah pun sampai pada munna hari ini. Bila nampak je abang posto tu hantar parcel pada munna....  dah dapat agak apa dan dari siapa barang tu. Sengih je memanjang ni... You all semua nak tahu ke apa benda yang munna teringin sangat ni... sabar ye.. kebetulan hari ini munna tak bawa kamera jadi tak boleh nak snap gambar... nanti balik rumah munna posing bagai .. baru share dengan korang semua... tunggu....

Budak Kecik Berdua Ni Buah Hati Ummi!

Sesungguhnya ummi amat bersyukur dikurniakan 2 orang puteri yang comel sebagai penyeri hidup ummi dan abah. Walaupun kenakalan kamu berdua kadang-kadang menyebabkan ummi naik angin tapi ummi marah sebab sayang kan anak-anak ummi



Semoga Allah memberkati dan sentiasa melindungi kamu berdua. Ummi berjanji selagi ummi masih bernafas dimuka bumi ini ummi akan pastikan kamu berdua mendapat kasih sayang sepenuhnya.InsyaALLAH..

p/s : Adik untuk kamu berdua tunngu dulu ye....

Tuesday, February 22, 2011

Majlis Harijadi Kasih Dan Bacaan Yassin Untuk Arwah Abang Ipar

Ahad lepas family munna adakan majlis bacaan yassin untuk arwah abang ipar munna dan sambutan harijadi anak saudara munna  Zalifa Kasih Nasuha yang sepatutnya diadakan sehari selepas pemergian arwah....tetapi di tundakan pada hari ini. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar hadiah yang munna  ceritakan hari tu pun dah sampai pada tuannya


Kaum-kaum ibu membaca surah Yassin...itupun ramai lagi yang duduk di beranda.. sebab dah tak muat nak masuk rumah


Menu utama untuk majlis ini ialan mee kari dan meehun goreng


Kuih-kuih pula ada puding, agar-agar, pai tee, kuih sagu, lompang dan kasui




Tengah beratur nak ambil makanan... jammed kat situ semua berebut nak ambil makanan


Birthday kek

Ini birthday girl untuk majlis ini

The Faceblog Jom Sertai Beramai-Ramai

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH


Edit

Sudirman Hj. Arshad Tetap Dalam Kenangan



Hari ini genap 19 tahun pemergian insan seni yang terulung pernah kita miliki. Bersama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah arwah Allahyarham Sudirman Haji Arshad.

Kalau munna pergi ke tanah perkuburuan Kg. Chengal masa Aidilfitri selalunya munna akan singgah ke kubur arwah untuk membaca Al-Fatihah. Biasanya kubur arwah memang sentiasa di kunjungi oleh orang ramai.

Monday, February 21, 2011

Dah Macam Tepung Gomak Anak Ummi

Gambar ini munna snap petang jumaat yang lalu... baru ambil Yasmin dari rumah pengasuh... Tengok muka Yasmin yang penuh dengan bedak... Makcik yang jaga Yasmin suka sangat pakaikan Yasmin bedak tebal-tebal dah rupa macam tepung gomak ummi tgk.... Tapi lagi baik dia letakkan bedak banyak-banyak daripada dapat pengasuh yang malas dan kurang titik beratkan hal kebersihan anak-anak yang diaorang jaga kan.


Sangat suka bergambar Yasmin ni... pantang nampak camera mesti sengih je...Tengok tu dalam seat dia pun tak boleh duduk diam....kaki dah tengkangkang anak dara sorang ni

Puding Trifle Simple


Munna buat puding ni petang sabtu yang lalu.... layan tekak yang nak makan puding yang sejuk-sejuk time cuaca panas ni... tapi ada sedikit kesilapan teknikal telah berlaku  sepatutnya munna letak buah-buahan lepas kastard tetapi silap letak lepas lapisan swiss roll tu yg nampak tak mengancam trifle munna... tapi rasa memang dah terbaik... nak buat pun mudah dan simple je. Resepi munna cari dekat myresepi

Friday, February 18, 2011

SEGMEN BLOGGER PANAS : PUNYAI 1000 - 1500 FOLLOWER ?


First time munna join segmen dengan Ben Ashaari yang glamer ni. Cepat-cepat semua cuma untuk satu hari ini sahaja....

JOM SERTAI BLOGLIST IR @ BLOG LEBAH



Kali ni munna nak join segmen yang danjurkan oleh Izamir Ridzwan

Kak munna suka baca blog lebah ni sebab kat sini ada macam2 isu semasa yang disampaikan,tak lupa juga peringatan kepada kita semua. Satu lagi sebab selalu ada tips atau tutorial pada bloggers yang tak berapa pandai macam kak munna. Blog lebah ni pun selalu review blog-blog bloggers yang lain mana tau lepas ni boleh review blog kak munna pula ye... Dan yang paling best sebab traffic blog lebah ni tinggi jadi bolehlah kak munna share tempias traffic blog ni bila tersenarai dalam bloglist blog lebah ni...

Mood Shoping Online Dah Mari!!!

Munna memang ada penyakit suka sangat shopping online... kalau dah mula beli 1 barang mula berderet-deret shopping online sampaikan abang posmen pun tegur... banyak beli barang online dik?

Lama jugak boleh kawal nafsu sejak bulan 4 bulan lepas tak pernah order barang online... tapi penyakit ni dah mari semula... Dari awal bulan Feb sampai sekarang tiap-tipa minggu ada aje barang yang munna beli. Selalunya munna beli baju anak-anak, beli tudung Dzahra dan tempah tudung instant dari WMC. Terbaru sekali order macaron dengan Cikmin.


Ini barang baru sampai semalam


Ini dia yang munna beli dari Babykidslove 


Model Yasmin dah merasmikan baju baru dia

Thursday, February 17, 2011

Jom Makan Kepsi Lagi!!!

Kan dah tulis sini ... Tak percaya layan jelah gambar ni..





Saja je suruh budak kfc tu bakar hangit sikit tortilla ni... baru best... sedap hingga menjilat jari

Tuesday, February 15, 2011

Next Top Model Dari Temerloh

Kakak Meya memang pantang tengok ummi dia pegang camera mulalah suruh snap gambar dia...tapi yang terbaru ni tengoklah dia posing dah ala-ala top model lah pulak...
 masa ni ok lagi... mantain nak ambil gambar dengan lambang peace dia yang tak menjadi tu
 Ini dah mula ala-ala model bergambar...
  tayang perut ye sayang..

happy ummi ambil gambar dia ...



Selamat Menyambut Maulidur Rasul



Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

[sunting]

Monday, February 14, 2011

Hadiah Yang Belum Sampai Pada Tuannya

Sepatutnya hadiah ni dah berada pada tuannya pada hari semalam. Tetapi disebabkan pemergian arwah abang ipar munna .. majlis harijadi yang sepatutnya dilangsungkan semalam terpaksa ditunda pada minggu depan.


Dah siap bungkus... simpan dulu sampai minggu depan


Letak nama anak munna  je


Ini dia birthday girl.. Zalifa Kasih Nasuha anak adik munna 


Terima Kasih Semua!

Terima kasih munna ucapkan pada semua sahabat-sahabat yang sudi membacakan Al-Fatihah buat arwah abang ipar munna dah ucapan takziah yang diberi telah pun munna sampaikan pada kakak munna. Beliau amat terharu walaupun sahabat semua tak pernah bersua muka tetapi masih sudi sedekahkan arwah dengan bacaan Al-Fatihah. Yang pergi tetap pergi .. yang tinggal harus tabah menghadapi. Walaupun sedih dengan pemergian arwah kami redhakan...Al-Fatihah...Amin

Al-Fatihah Buat Abang Ipar Munna

Assalamualaikum...


Mohon Dari sahabat-sahabat semua untuk sedekahkan Al-Fatihah buat abang ipar munna AHMAD RITAUDDIN BIN JANTAN yang menyahut seruan ilahi pada 12/2/2011

Klik sini utk cerita pasal abg ipar munna
Related Posts with Thumbnails