Sahabat Alam Maya

Monday, January 31, 2011

Cek Dari Nuffnang Dah On The Way


Yahoo.... akhirnya boleh dah nak merasa duit dari nuff ni... Ini cek pertama munna dengan nuffnang untuk 4 bulan.. Walaupun tak banyak mana.. tapi sengih lebar sampai ke telinga .. siapa lagi nak bagi kita duit saja-saja macam ni kan... Biasanya berapa hari ye cek sampai kat tangan kita  

Saturday, January 29, 2011

Dalam Kereta Baru Ummi

Alhamdulillah , khamis baru ini kereta munna dah sampai... walaupun kereta abah yang bayar tapi dah ummi yang hari-hari pakai jadi kira kereta ummilah kan... macam kata kakak Meya "Ini Keta Ummi Kan?"

Yasmin yang ceria

Kakak meya yang nakal

 pandangan dari sisi

  pandangan dari depan

 Dashboard depan Perodua Alza



Friday, January 28, 2011

Majlis Cukur Jambul Muhammad Aiman Azlan

Baru nak tayangkan gambar majlis cukur jambul Muhammad Aiman Azlan hari tu.. sorry ye pasal networking kat office dah bengong  dah 2 hari tak boleh connect internet.. Kat rumah pulak asyik bersilat je dgn Yasmin jadi susah sikit nak online malam2. malam.. bila Yasmin dan Meya dah tidur baru boleh nak update blog munna...Ini gambar majlis cukur jambul anak buah munna yg diadakan pada 22/1/2011


Kakak Meya yang suka menyibuk aje.. dia pulak yang sibuk nak buaikan baby Aiman

Kaum ibu sedang mengalunkan irama berzanji dan marhaban

Baby Aiman yang tak banyak ragam masa majlis ni.. tido aje..

dah nak kena cantas jambul baby Aiman

 Ayam Masak Merah

 Gulai Kari Daging Kambing.. 2 ekor tumbang untuk Akikah baby Aiman. Lauk -pauk masa majlis ni semuanya cik abang munna yang masak. Cuma sayur kacang panjang goreng tempe je jiran-jiran yang tolong masakkan.

Cenderahati buat tetamu yang hadir pada majlis ini..

Thursday, January 27, 2011

Yasmin Dah 10 Bulan...

Rasanya baru je munna lahirkan Yasmin ni semalam.. rupanya anak ummi dah 10 bulan bulan ini. Betullah kata orang peel anak lain masing -masing. Yasmin dan Kakak Meya memang berbeza ..muka pun tak de iras langsung.... minat dan perkembangan pun berbeza.Sekarang ni Yasmin dah mula belajar nak bangun sendiri kalau lepaskan pun dah dapat tahan berdiri sendiri untuk seminit...

Pose maut dari Yasmin.. masa ni duduk elok lagi

mula dah menonggeng nak bangun sendiri

sangat suka limau free

tayang gigi kapak 

Buat Pecinta Warna Hijau





Berikut dipetik maksud beberapa ayat al-Quran yang telah meletakkan warna hijau pada satu tempat yang mulia dan dipandang indah oleh Allah. 

1.” Mereka itu disediakan baginya Syugra yang kekal, yang mengalir dibawahnya beberapa sungai; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas dan memakai pakaian HIJAU dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam, mereka berehar di dalamnya dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah Syurga tempat berehat yang sebaik-baiknya.”

2. “Penduduk Syurga itu ( bersenang-lenang) di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal) dan cadar-cadar yang HIJAU warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.”

Ar-Rahman: Ayat 76

3. “Mereka di dalam Syurga memakai pakaian hijau yang diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal (yang bertekat), serta mereka dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman ( yang lain) yang bersih suci.”

Al-Insan: Ayat 21

Kubah Masjid Nabawi sendiri berwarna hijau. Nabi s.a.w. juga menggemari warna hijau. Simbol-simbol keIslaman di seluruh dunia adalah berwarna hijau.

Jelaslah bahawa warna HIJAU adalah warna Syurga, warna yang disukai oleh Allah yang mencipta warna itu sendiri dan indah pula sehingga menghiasi Syurga. Justeru itu, mudah-mudahan pendedahan ini membuka hati manusia agar beriman dan menyukai apa yang disukai oleh Allah dan Rasul-Nya; memandang indah apa yang dipandang indah oleh Allah dan Rasul-Nya serta bercita-cita pula untuk memakai pakaian berwarna HIJAU di Syurga kelak. 

Salam Ukhuwah..~

Tuesday, January 25, 2011

Bayi baru lahir ditemui mati ditikam

KLANG: Seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemui mati ditikam, dipercayai oleh ibunya di sebuah rumah sewa di Batu 4, Kampung Jawa di sini, hari ini. 


Mayat bayi yang berlumuran darah akibat ditikam beberapa kali itu ditemui di atas pelapik plastik dalam bilik air rumah berkenaan.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Zahedi Ayob, berkata wanita Myanmar yang mempunyai kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR) dipercayai melahirkan bayi itu kira-kira jam 9 pagi tadi.
"Wanita berusia 23 tahun itu dikatakan melahirkan anaknya bersendirian dan menyembunyikan diri dalam rumah sewanya. 

"Polis mendapat panggilan pada pukul 12.45 tengah hari daripada orang awam yang mengesyaki sesuatu berlaku di rumah suspek," katanya di sini, hari ini. 

Beliau berkata, wanita itu ditemui dalam keadaan lemah dalam rumah itu dan polis turut menemui sejenis objek tajam yang dipercayai diguna dalam kejadian itu. 

Mayat bayi berkenaan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini untuk bedah siasat, manakala wanita terbabit yang ditahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi membantu siasatan kes itu, juga dihantar ke hospital yang sama untuk rawatan. 
Sementara itu, jiran wanita terbabit, Mohamad Salim Nur Syuri, 35, berkata semalam beliau melihat wanita itu masih mengandung. 

"Semalam saya lihat perut besar, hari ini sudah kempis dan pagi tadi saya nampak bahagian belakang dia penuh dengan darah," katanya. - BERNAMA 

Sumber Berita Harian 

p/s : Sentap lagi dengan berita ini... apa mak jadi dgn ibu ibu ni.....

Monday, January 24, 2011

95% Shampoo Adalah Merbahaya






95% produk shampoo & shower cream ada SLS 'Sodium Laureth Sulfate' , kalau x percaya pergi supermarket, then cuba check ingredient shampoo & shower cream... sabun buku aje yg xde SLS.

Kesemua jenama shampoo yang di paparkan disini Banned by Goverment of Dubai. Sebab SLS tu merbahaya. SLS sebenarnya ialah kimia yang menghasilkan bueh yang banyak yang sepatutnya digunakan untuk mencuci atau mengelap lantai.

Periksa juga ubat-gigi (toothpaste) yang mencampurkan SLS untuk membanyakkan bueh ketika kita memberus gigi 


Sumber : Tok Wan

Sunday, January 23, 2011

Alhamdulillah dan Terima Kasih Semua

Alhamdulillah ...

Majlis Akikah dan cukur jambul anak buah munna yang terbaru sekali Muhammad Aiman Azlan dah selesai semalam. Semua berjalan lancar nanti munna tayang gambar masa majlis tu ye...

Terima Kasih Semua


Tak lupa juga pada semua kawan-kawan maya yang sudi melawat rumah munna ni selama munna tak on9 semalam. Entry yang sebelum ni semuanya auto-publish je... pada yang sudi singgah, tinggalkan jejak, follow blog munna dan yang paling penting yang sudi tinggalkan komen... nanti munna balas balik ye...

Saturday, January 22, 2011

Luasnya Neraka

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.

Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN.....

.: Luasnya Neraka :.

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh Nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'

Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.'

Lalu Nabi s.a..w. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.'

Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'

Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?'

Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya dibawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'Jawab Jibrail:'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat Nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w.. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'

Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.'

Maka Nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala Nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan 
sesudah sadar Nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'

Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.'

Kemudian Nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekorular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hastamengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....Wallahua'lam.

Janganlah Asyik Buat Lawak Saja!!

Baru-baru ini melayan Kakak Meya tengok Ceria, terlayanlah satu Game show kanak-kanak kat saluran ni.. Gerak Geri Gasing namanya. Game Show ni sebenarnya untuk budak-budak  tapi masa munna tengok ni ada selebriti jemputan yang main bersama dengan kanak-kanak ini. Masa tu artis yang dijemput ialah Nabil, Johan Raja Lawak, Marsha AF dan Farah AF.

Yang tak bestnya dua orang raja lawak ni, masa tengah bertanding dengan budak-budak tu diaorang boleh buat main-main sambil berlawak aje. Yang budak jadi partner diaorang punyalah bersungguh-sungguh. Bila kalah kesian tengok budak-budak siap ada yang nangis lagi. Nasib baik si Zoey pengacara tu alert tolong pujuk. Lain kali tak payahlah jemput diaorg ni kesian budak-budak yang datang dari jauh berkobar-kobar semangat  masuk gameshow nak menang dan dapat hadiah, tetapi disebabkan pak lawak duaorang ni diaorg kalah.

Friday, January 21, 2011

Dari Dibiarkan Begitu Sahaja


Pasal munna suka join contest dan GA walaupun tak pernah menang sekalipun, daripada terbiar je blog tu tanpa update, munna nak gunakan blog yang satu lagi ini untuk join semua contest dah GA. Jadi takdelah berserabut dengan blog munna yang satu ni. Lagipun banyak sangat banner pun tak elok gak.. nanti lambat nak loading blog munna. Jadi jangan segan-segan dan malu-malu ye nak singgah rumah munna yang satu ini. Jom terjah blog Journal Anakdaraku & Contest

Makan Kek Lagi

Rezeki makan kek lagi. Kali ni member office munna celebtrate birthday. Dapatlah sepotong kek. Dia memang beli 4 ketol je .. sebab kat office ni mmg ada 4 kerat je pun orang



Kek tiramisu.. yang best.... 

Jom Pegi Lunch Semua!

Dah lunch ke hari ni?.. munna hari ini bawa bekal dari rumah aje. Kebetulan lauk malam tadi masih banyak lagi jadi panaskan dan bawa bekal untuk lunch hari ini. Menu munna untuk hari ini nasi putih dengan sambal udang petai + singgang ikan raya + tumis bayam.

Orait munna nak gi lunch dah ni..lepas tu nak jalan2 cuci mata ..dan beli hadiah untuk ahli baru dalam famili munna...Muhaimmad Aiman. Muhaimmad Aiman adalah anak angkat my SIL, esok ada majlis cukur jambul dan akikah untuk Aiman. Kebetulah munna pun tak pernah jumpa lagi Aiman jadi nak cari hadiah untuk dia.

P/S : gembira dengan kehadiran Aiman my SIL dah dapat anak setelah hampir 6 tahun menunggu.

Thursday, January 20, 2011

Dating Berdua Di Secret Recipe

Semalam munna dan cik abang dating berdua tau!!..Kami berdua pergi ke bank untuk urusan sign loan agreement dengan Eon Bank berkaitan dengan urusan pinjaman kereta baru kami.  Dah selesai semua urusan kami pun cari tempat untuk lunch. Mula-mula ingat nak makan berger Prosperity yg tengah hot sekarang ni.. tapi masa lalu depan Secret Recipe nampak kek-kek yang lemak berkrim tu..terus menghasut cik abang untuk makan kat sini.. walaupun memang dah plan awal untuk ke McD. 


 Macaroni Prawn With Cheese sedap....  tapi kalau dah selera melayu suka pedas-pedas cik abang tambah sos cili masa makan


Ini munna punya..lupalah nama menu..


Kek terbaru dari Secret Recipe memang meletopss.. sedap bangat .. Strawberry Cheese With Marshmallow


Air munna ..mmg tak tahu nak oredr air lain dah klu makan kat luar ..mesti nak ice blend 


Cik abang punya Green Apple With Celery ..sumpah tak order dah lepas ni rasa macam minum air daun sup.. 

Anak Dara Berdua Ni Dah Bertindik

Selasa baru-baru ini munna bawa kakak Meya dan Yasmin pergi tindik telinga di kedai emas. Punyalah susah nak pujuk kakak meya untuk tindik telinga dia. Dah berplastik tauke kedai tu bagi gula-gula untuk pujuk kakak meya barulah dia nak.


Tunjuk telinga yang dah bertindik


Close Up


Yasmin pun dah bertindik. Mula-mula nangis kuat juga... bagi je biskut terus tak menangis dah


Close Up 

Tuesday, January 18, 2011

Bahaya Ketuhar Gelombang Mikro



Ketuhar gelombang mikro atau lebih popular dengan nama inggerisnya microwave oven, ialah antara gajet moden yang popular dikalangan para suri rumah dan pengusaha restoran di dunia sebagai jalan pintas menyediakan makanan untuk keluarga dan pelanggan. Ketuhar ini amat popular kerana kecekapannya memanaskan makanan dalam sekelip mata. 


Lebih-lebih lagi, amat membantu pada bulan puasa, waktu sahur. Para ibu dan isteri hanya perlu masukkan makanan ke dalam ketuhar dan tekan punatnya...nyit...nyit...nyit dan tinggg.....! Makanan panas sudah pun terhidang. Justeru, hampir setiap rumah kini memiliki microwave oven. 



Cara masak melawan fitrah 



Cara memasak atau memanaskan makanan di atas api atau  ketuhar biasa bermula dengan makanan panas di bahagian luar dahulu, kemudian barulah haba masuk ke bahagian dalam. Berlainan dengan penggunaan ketuhar gelombang mikro. Makanan yang dimasak atau dipanaskan akan menjadi panas di bahagian dalam dahulu, kemudian barulah haba bergerak ke luar. 



Ini boleh dilihat dengan membakar kentang di dalam ketuhar gelombang mikro untuk satu tempoh yang agak lama,katakan sejam. Walaupun telah dimasak sejam, kentang kelihatan seperti belum masak. Tetapi jika dibelah, tiada apa di bahagian dalamnya melainkan arang! Inilah yang dikatakan cara memasak melawan fitrah. Pastinya sesuatu yang melawan fitrah, lazimnya membawa keburukan.  



Ketuhar pengancam nyawa 



Ketuhar gelombang mikro diperkenalkan pada orang ramai sekitar pertengahan 1950-an. Ketika itu tidak banyak kajian saintifik terhadap kesan memakan makanan gelombang mikro. Cuma sejak kebelakangan ini barulah pelbagai kajian dan penyelidikan dilakukan terhadap kesan memakan makanan gelombang mikro kepada kesihatan manusia. 



Kesemuanya merumuskan bahawa ketuhar gelombang mikro menghasilkan makanan yang sangat bahaya. Ini agak mengejutkan kerana ketuhar ini baru bersama kita beberapa dekad sahaja. Namun dalam tempoh yang singkat itu, pelbagai penyakit yang berbahaya dan pelik-pelik muncul satu persatu. Ini secara teorinya, menjelaskan penggunaan ketuhar gelombang mikro turut menyumbang kepada meningkatnya pelbagai penyakit yang mengancam nyawa!  Tidak hairan jika golongan remaja hari ini, banyak yang diserang sakit jantung, dan orang muda seusia20-an dan 30-an
mati menghidap kanser. 



Makanan jadi toksik 



Dalam penggunaan ketuhar gelombang mikro, radiasi elektromagnetik menggerakkan molekul-molekul makanan. Molekul-molekul ini 'dipaksa' berpusing sedangkan kalau memanaskan makanan cara biasa, molekul-molekul ini bergerak dari tepi ke tepi. Keadaan berpusing ini memusnahkan molekul dan kadang kala menyusunnya semula menjadi bahan-bahan toksik yang menyebabkan alahan kepada manusia. 



Badan tak kenal makanan 



Yang dibimbangkan tentang penggunaan ketuhar gelombang mikro, bukan radiasi yang terhasil, tetapi bagaimana ia merosakkan DNA makanan hingga badan manusia tidak kenal bahawa apa yang ditelan itu ialah makanan. Kerana tidak mengenali makanan, badan bertindak menyalutinya di dalam sel-sel lemak sebagai perlindungan terhadap 'makanan mati'; atau badang mengumuhkannya dengan pantas.  Sesungguhnya telah banyak bukti saintifik yang didedahkan oleh saintis akan bahaya penggunaan ketuhar gelombang mikro,
para pengeluar tetap mengatakan ia selamat kerana keuntungan yang diperoleh daripada penjualan ketuhar ini berlipat ganda. 



Penemuan mengejutkan 



Dua orang penyelidik, Blanc dan Hertel telah mengesahkan bahawa memasak menggunakan ketuhar gelombang mikro, dengan ketaranya mengubah nutrisi makanan. Hertel telah bertahun-tahun menjadi saintis makanan dan berkhidmat di sebuah syarikat makanan Swiss terkemuka. Dia dibuang kerja kerana mempersoalkan prosedur memproses makanan secara luar tabi'i. Lantas dia bergabung tenaga dan kepakaran dengan Blanc dari Swiss Federal Institute of Biochemistry dan University Institute for Biochemistry. 



Kedua-dua saintis ini mengkaji kesan makanan mikro gelombang terhadap lapan individu dengan mengambil darah mereka sejurus selepas mengambil makanan gelombang mikro. Blanc dan Hertel mendapati paras haemoglobin individu-individu ini telah menurun. Hasil kajian ini
menunjukkan orang yang makan makanan gelombang mikro cenderung mendapat anaemia (kekurangan darah). Situasi bertambah jelas pada bulan kedua penyelidikan. Itu baru dua bulan diberi makan makanan gelombang mikro, bagaimana kalau kita memakannya berbulan-bulan, bertahun-tahun? 



Sepuluh sebab ketuhar gelombang mesti dibuang 



*** Makan makanan yang melalui proses ketuhar gelombang mikro menyebabkan kerosakan otak dalam jangka panjang iaitu ia    
       'memendekkan' utusan elektrik di dalam otak (depolarizing atau demagnetizing tisu otak).

*** Badan manusia tidak mampu meleraikan (metabolize) bahan makanan yang dimasak/dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro.



*** Pengeluaran hormon lelaki dan perempuan terhenti dan/atau berubah dengan mengambil makanan gelombang mikro. 

*** Kesan makanan gelombang mikro sebenarnya ibarat sisa/sampah di dalam badan manusia.

*** Mineral, vitamin dan khasiat makanan gelombang mikro berkurang atau berubah.. Jadi badan kita dapat sedikit sahaja manfaat
       makanan. Badan kita juga menyerap kompaun-kompaun yang berubah itu, dan tidak dapat meleraikannya.

*** Mineral-mineral di dalam sayuran berubah menjadi radikal bebas yang menyebabkan kanser apabila dimasak/dipanaskan di dalam
       ketuhar gelombang mikro. Ini antara punca mengapa pengidap kanser meningkat. 



*** Makanan gelombang mikro menyebabkan ketumbuhan kanser di dalam perut dan usus-juga menjadi punca meningkatnya penghidap
       penyakit ini.

*** Makan makanan gelombang mikro berpanjangan menyebabkan sel-sel kanser meningkat di dalam darah manusia.

*** Makan makanan gelombang mikro secara berterusan juga menyebabkan merosotnya sistem imun melalui kelenjar limpa dan
       pengubahan serum darah.

*** Makanan gelombang mikro menyebabkan hilang daya ingatan, tumpuan, kestabilan emosi dan mengurangkan kecerdikan. 

Sumber : Mohd Rizal

P/S : baru je bercadang nak rembat satu... nampak gayanya tak jadilah... bukannya penting sangat  pun

Jana Pendapatan Tambahan Dengan HeartBeat

Sekarang ini munna tengok ramai rakan-rakan blogger yang dah letakkan banner HeartBeat ni dekat blog masing-masing kan. Jadi bagi meyahut seruan rakan-rakan yang lain munna pun letak juga di blog munna. Ada juga blogger yang dah cash out earning dia dekat Heartbeat ni



Jom daftar di sini . Jangan lupa ye klik dekat banner munna sekali ye...

Monday, January 17, 2011

Cookies Sedap Ala-Ala Famous Amos


Seriyes ni ... biskut yang munna beli kat kedai bakery ni memang ada rasa sebiji sama macam biskut yang femes tu ...ala biskut Chocolate Chips Famous Amos ... Munna memang minat giler cookies famous amos ni..kalau turun kl atau kuantan je mesti cari booth cookies ni kat mall. Sampaikan masa pregnant kan Yasmin dulu cookies ni termasuk dalam senarai makanan yang diidamkan.



Walaupun takde packaging yg canggih macam famos amos.. rasa dia memang terbaek... takpayah dah nak suruh member yg turun kl atau kuantan belikan...


Kudapan munna untuk hari ini.. beli 200gm baru RM 6.00 kalau Famous Amos 100gm aje dah RM 8.90 ....

Saturday, January 15, 2011

BE Pertama 2011 Dah Mula Menari-Nari

Sekian lama menunggu BE baru dari Nuffnang akhirnya semalam BE pertma untuk tahun ini dah menari-nari kat blog munna. Thanks Nuffnang sebab masih memberi kepercayaan kat blog munna.


Jadi sekarang ini ada 2 BE yang sedang menari-nari... kena rajinlah update blog dab berblogwalking lepas ini... barulah figure ctr bonus tu lagi tinggi kan


Ini dia iklan yang sedang menari-nari. Ikalan dari Hotlink untuk Hot TickeT. Cepat sapa-sapa yang gunakan prepaid tu gunakan Hot Ticket sekarang nanti boleh tukar dengan pizza. Munna dah pernah redeem Hot Ticket ni hari tu  dekat entry ini.


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Friday, January 14, 2011

Kalau Dah Namanya Anak Perempuan

 Kalau dah anak perempuan memang sukalah main barang ummi dia...  Agaknya dia selalu tengok ummi dia pakai lipstick kat bibir ..dia pun cuba try test .. Amacam comel tak kaka meya pakai lipstick sendiri
>
>
>
>
>
>
>
.


Yang menambahkan sedikit amarah ummi dia ..bila sebatang lipstick yang baru aje ummi beli habis di buat untuk cantikkan pc ummi dia.... amacam lagi berseri pc munna kan
>
>
>
>
>
>
>
>

Related Posts with Thumbnails