Sahabat Alam Maya

Wednesday, June 1, 2011

Fakta Menarik Tentang Buah Kurma






Tak lama lagi nak masuk bulan puasa. Banyaklah kita tengok orang menjual buah kurma. Munna memang suka buah ni. Wajib ada masa berbuka dan bersahur di bulan Ramadhan. 




FAKTA MENARIK TENTANG KURMA

1. KESIHATAN

a. Mencegah Penyakit Kronik Seperti Jantung & Kencing Manis
Berdasarkan kajian Prof Madya Asiah Zain, pensyarah Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi, Universiti Putra Malaysia (UPM) menyatakan "Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah". (Berita Harian, Selasa, 20 Februari, 2001)

b. Merangsang Dan Memudahkan Kehamilan
Prof Madya Asiah juga berkata, buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsang kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.


c. Membunuh Kuman Dalam Badan
Saidina Ali r.a. meriwayatkan "Barang siapa yang memakan 7 butir tamar setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam bandannya".

2. KECERDASAN & KECERGASAN

a.Kecerdasan Minda Dan Membantu Proses Tumbersaran
Menurut Prof Madya Aiah lagi, kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.

b. Tenaga Segera
Maksud Firman Allah swt dalam surah Maryam: Ayat 25-26.
"Dan goyanglah pangkal pohon kurma tu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu."
Kurma mampu membekal tenaga dengan pantas ke dalam tubuh mereka yang memakannya. Maka dengan itu Allah swt menyuruh Saidatina Maryam memakan buah kurma agar beliau mendapat bekalan tenaga untuk melahirkan Nabi Isa a.s. dan sentiasa bertenaga setelah melahirkan Nabi Isa a.s., kerana kehilangan tenaga dan darah yang banyak.

3. KEPERIBADIAN

a. Membentuk Sifat Penyabar, Bersopan Santun Dan Cerdas Pemikiran
Maksud hadis Rasulullah s.a.w. : "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu, menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

"Melentur buluh biar dari rebungnya." Islam mengajar kita mendidik anak sejak dari dalam kandungan ibu agar anak yang bakal dilahirkan itu dibentuk mengikut rohaniah yang suci serta memiliki tubuh badan yang sihat dan minda yang cerdas. Buah kurma merupakan makanan yang mampu membentuk insan yang berperibadi luhur. Seorang pelatih dari Universiti Sains Malaysia (USM) menulis tentang hadis ini dalam majalah Mingguan Wanita.

4. KEBERKATAN

a. Mengambil Keberkatan Sewaktu Kelahiran
Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. katanya: "Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma."

b. Makanan Yang Paling Sempurna
Maksud Sabda Rasulullah s.a.w. : "Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan."
Dengan sebab itulah Prof Madya Asiah menyatakan lagi " pengambilan buah kurma itu tidaklah sekadar penting pada bulan puasa atau ketika seseorang itu sedang berpuasa, sebaliknya memakan kurma wajar dijadikan amalan harian."


BUAH KURMA MAMPU CERDASKAN OTAK
Khasiat buah kurma bukan sahaja diakui dalam Islam dan diakui juadah penting berbuka puasa, malah kalangan ahli perubatan menganggapnya buah berkhasiat yang mampu mencerdaskan otak dan menyihatkan tubuh badan.

Pensyarah Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi, Universiti Putra malaysia (UPM), Prof Madya Asiah Zain berkata, "Pengambilan buah kurma tidaklah sekadar penting pada bulan puasa atau ketika seseorang itu sedang berpuasa, sebaliknya memakan kurma wajar dijadikan amalan harian."



"Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis."

"Kurma boleh dijadikan makanan yang membantu mencegah penyakit kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, walaupun buah padang pasir itu sukar dibeli dinegara ini selain Ramadhan, orang ramai khususnya umat Islam boleh menjadikan jus buah kurma yang dipasarkan sebagai pilihan alternatif.

Katanya, buah kurma mengandungi vitamin dan E serta komposisi gula yang banyak dikenali sebagai glukosa iaitu sejenis unsur gula dalam darah yang menjadi sumber tenaga serta membantu seseorang berpuasa dalam tempoh yang lama.

Prof Asiah berkata, buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsangkan kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.

Katanya, kanak-kanak digalakkan memakan banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.

"Selain berbuka puasa, kurma juga harus menjadi makanan pilihan umat Islam ketika bersahur seterusnya menjana tubuh sehingga waktu berbuka'" katanya. - Berita Harian, Selasa 20 Febuari 2001

20 comments:

  1. tq kak share info nih...
    nak g temerloh la ptg nnt...jom....heheheh

    ReplyDelete
  2. saya suka masukkan sebiji kurma dalam teh o panas kurang manis~~pernah try?

    ReplyDelete
  3. tengs munna..

    akak mmg suka mkn kurma..
    masa preggy wajib mkn kurma..
    akak suka yg yusuf taiyob hak lembut tu..besttkan..

    igt posa..lum ganti lagi ni..huhu

    ReplyDelete
  4. entry ni myebabkan sy nak mkn kurma stiap hari!

    ReplyDelete
  5. trime kasihh atas info ini...indahnya Islam ialah semua yang dianjurkan untuk dimakan, tidak akan sesekali memudaratkan umatnya

    ReplyDelete
  6. Begitu baiknya khasiat kurma tapi kakak ada masalah buat anak kakak utk makan kurma kering. Boleh dia kata macam lipas. Kalau yg basah dia makan.

    Jadi kakak selalu ganti dgn kismis...

    ReplyDelete
  7. suka makan kurma tapi tak suka yg ranum sangat..

    budak2 skrg tak minat nak makan kurma.. rugikan.. camna nak buat tu?

    ReplyDelete
  8. walaupun saya tau banyak khasiat tntg buah kurma ni, tapi saya kurang minat lak...kalau mkn pun, time buka puasa jer, itupun seketul jer...huhu...

    ReplyDelete
  9. suker kurma kering... eh rasa mcm dah dekat nak posa la...

    ReplyDelete
  10. buah tamar ni mmg bayak khasit..sedap dimakan bila2..nyum2..

    ReplyDelete
  11. hermm memang bagus kurma nie dikk .. akak sgt2 suke .. bila tgk nie , sedar2 dah x lama nak puasa kan huhuh

    ReplyDelete
  12. mmg bagus khasiat kurma nih...tp kalu tak musim die (bulan pose), jenuh nk cari..kalu ade pun mahaiii...huhu

    ReplyDelete
  13. lg sehari puasa x ganti2 ni...

    mama ske kurma yg keras skit tu...

    ReplyDelete
  14. tapi bila tiba bulan puasa tak berapa suka lak kurma ni.
    bila bulan tak posa sekali hidang je habis sekotak...
    hhahaha..
    bulan posa hari2 jumpa kot..
    tu yang jemu ja..

    ReplyDelete
  15. kita suka kurma! kalo yg yusoff tayyub tu kita makan mcm mkn kacang je..hahaha

    ReplyDelete
  16. mmg best kurma..izan pun suka.manis tp byk khasiat...time pregnant dulu bkn musim so puas google cari org jual kurma online..

    ReplyDelete
  17. Alin pun sangat suker kurma...best..

    ReplyDelete
  18. kurma ni time sahur wajib jat makan.bg tenaga utk puasa.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails